DRB-HICOM kurangkan kerugian Q1 2021, prestasi jualan meningkat

oleh Mohamad Hanif|
DRB-HICOM Bhd mengurangkan kerugian kepada RM16.96 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2021 berbanding kerugian RM173.27 juta yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perolehan meningkat kepada RM3.51 bilion daripada RM2.74 bilion, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Dalam satu kenyataan, ia berkata jenama di bawah sektor automotif DRB-HICOM termasuk Proton, Honda, Mitsubishi, Volkswagen dan Isuzu mencatat jualan yang lebih baik pada Mac berbanding Februari 2021.

"Pengecualian cukai jualan bagi pembelian kenderaan penumpang yang dilanjutkan sehingga Jun 2021 membolehkan jenama automotif kumpulan itu mendapatkan hasil bersih bernilai RM2.58 bilion pada suku pertama," katanya.

 


Bagi sektor perkhidmatan, pendapatan sebanyak RM863.7 juta pada suku pertama tahun kewangan 2021 berbanding RM830.5 juta pada suku pertama tahun kewangan 2020 telah dirangsang oleh prestasi syarikat pos dan logistik serta anak syarikat perbankannya.

"Sektor hartanah pula merekodkan perolehan sebanyak RM69.7 juta, dengan pengebilan yang lebih rendah memandangkan penurunan dalam kerja-kerja projek pembinaan telah memberi kesan kepada hasil," tambahnya.

Sektor automotif terus kekal sebagai perniagaan teras kumpulan dengan jualan Proton bermula dengan momentum yang amat positif pada 2021 sehingga mampu mencatatkan jumlah jualan sebanyak 15,017 unit menjelang April 2021, angka jualan bulanan terbaik sejak 2013.

"Momentum menaik ini disumbangkan oleh model jualan terlarisnya iaitu Proton Saga, diikuti dua SUV baharunya iaitu Proton X70 dan Proton X50," katanya.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian…
Berita Domestik
Pusat 3S EON smart Glenmarie mempunyai keluasan 4,362 kaki persegi, dengan ruang yang mampu…
Berita Domestik
Carro yang juga memiliki myTukar adalah antara platform jualan kenderaan terpakai terbesar di…