DRB Hicom jual Alam Flora untuk bantu Proton

oleh HEZERI SAMSURI|
DRB-Hicom, pemilik 50.1 peratus syarikat Proton telah menjual anak syarikatnya, Alam Flora Sdn Bhd kepada Malakoff Corp Bhd.

Menurut laporan akhbar The Star, penjualan itu akan membawa keuntungan bersih sebanyak RM735.4 juta untuk DRB-Hicom.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hicom Holdings Bhd telah menjual kesemua sahamnya di dalam Alam Flora (97.37 peratus) kepada Tunas Pancar Sdn Bhd, syarikat milik Malakoff dengan harga tunai RM944.6 juta.

Pastinya CEO Malakoff, Datuk Fuaad Kenali, yang juga bekas CEO Proton telah memudahkan urusniaga tersebut.

DRB-Hicom juga dilaporkan akan menggunakan keuntungan itu untuk membayar pinjaman syarikat dan juga untuk membantu usaha pemulihan Proton Holdings Bhd.

Program Proton itu membabitkan pelan perniagaan 10 tahun yang melibatkan peningkatan kualiti, optimasi kos dan pelancaran model-model baharu.

Pada pandangan Careta, ini adalah satu perkembangan baharu. Ia bermakna:

  • Proton tidak mengharapkan bantuan kewangan kerajaan lagi dan rakan kongsinya mungkin mahu melihat DRB-Hicom lebik aktif dalam proses pemulihan Proton.
  • Proton perlu berfikir dengan serius untuk terus wujud di dalam industri automotif dunia.
  • Kerajaan sudah tidak melihat Proton sebagai sebuah entiti negara sepenuhnya dan boleh melepaskan tanggung jawab itu agar Proton bangkit sendiri bersama rakan kongsinya, Geely.
  • Kerajaan boleh fokus kepada syarikat automotif nasional yang baharu pula dan jika ia tidak berjaya, maka boleh dibuka syarikat automotif keempat, kelima dan seterusnya.
  • Proton tidak ada perancangan model sendiri sekarang dan hanya akan menjenamakan produk Geely untuk waktu ini kerana kos untuk membangunkan model sendiri akan memerlukan lebih dari RM700 juta.

Careta akan memerhatikan perkembangan ini dengan lebih teliti.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Selain dari brek ABS yang sangat membantu dalam meningkatkan prestasi keselamatan menunggang…
Hezeri Samsuri
Malaysia contohnya sudah mempunyai spesifikasi dan standard homologasi yang paling ketat dan paling…
Berita Global
Generasi kedua dilancarkan di Malaysia sepuluh tahun lewat dan dengan harga yang tidak masuk akal.…