DRB-Hicom jelaskan mengenai jualan AVEE Global kepada AAPICO

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Tiga hari lepas, Proton menerusi subsidiarinya Advance Vehicle Engineering Global Sdn Bhd (AVEE Global) telah mengumumkan kerjasama dengan AAPICO Hitech Public Company Limited (Aapico) untuk menghasilkan komponen dan alat ganti.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut DRB-HICOM, pengumumannya kepada Bursa Malaysia pada 4 Julai 2023, telah dinyatakan bahawa Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (PONSB) adalah pihak yang melupuskan 51,486,267 saham, mewakili 60% ekuiti dalam AVEE Global, kepada AAPICO.

PONSB ialah anak syarikat milik DRB-HICOM sebanyak 50.1% melalui Proton Holdings Berhad.

Dengan selesainya pelupusan saham itu, DRB-HICOM akan memegang 20.04% kepentingan ekuiti dalam AVEE Global dan tidak lagi menjadi anak syarikat tidak langsung.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian…
Berita Domestik
Pusat 3S EON smart Glenmarie mempunyai keluasan 4,362 kaki persegi, dengan ruang yang mampu…
Berita Domestik
Carro yang juga memiliki myTukar adalah antara platform jualan kenderaan terpakai terbesar di…