Selain dari itu, 100 buah kenderaan terbabit dengan acara autoshow di mana 15 buah kenderaan modifikasi audio turut hadir dari Thailand.
Trak pikap juga tidak ketinggalan di mana 60 buah trak pikap yang telah dimodifikasikan mempamerkan hasil kreativiti masing-masing.
Perlumbaan ini juga merupakan perlumbaan drag racing yang terunggul di Malaysia menggunakan sistem “Profesional Portatree Drag Racing Timing” beserta sistem aplikasi dan peralatan canggih yang diiktiraf sepenuhnya oleh diiktiraf oleh badan-badan profesional iaitu IHRA, NHRA dan juga FIA.
Program ini juga bertindak sebagai platfom yang efektif bagi membantu Kerajaan secara khususnya dalam mendekati golongan sasaran belia permotoran khususnya komuniti „mat rempit‟ dan mereka yang mengamalkan budaya lumba haram di jalanan.
Sejumlah besar ganjaran hadiah wang tunai ditawarkan kepada semua pemenang podium yang bertanding.
Acara ini dianjurkan oleh Drag Dolhpin Club dengan kerjasama Motac Kelantan serta Exco Belia dan Sukan Negeri.
Gambar-gambar diambil oleh Adam Photography yang turun padang untuk memberikan sokongan.