Dr Robert Hubbard meninggal dunia - wariskan alat HANS kepada dunia sukan permotoran

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengasas bersama kepada peranti sokongan kepala dan leher (HANS), iaitu Dr. Robert Hubbard dilaporkan meninggal dunia pada umur beliau 75 tahun.

Sepanjang hayat Hubbard, peranti HANS ini merupakan antara sumbangan terbesar beliau di dalam sukan perlumbaan, dan ia dibangunkan bersama pelumba Jim Downing pada awal 1980-an. 

Peranti ini bertujuan untuk mengurangkan kadar kematian dikalangan para pelumba akibat kecederaan tulang basilar pada  tengkorak (basilar skull fracture), kebiasaannya disebabkan head restraint yang tidak mencukupi. 

Paten pertama peranti ini didaftarkan pada tahun 1985, dan tahun berikutnya, Downing memakai prototaip peranti HANS tersebut pada perlumbaan akhir IMSA di Daytona. 

Rekaan akhir peranti tersebut hanya mula dipasarkan pada tahun 1991, namun ia tidaklah laris terjual seperti yang disangka. 
 


Hanya selepas kehilangan tragik pelumba Aryton Senna dan Roland Ratzenberger pada Formula 1 1994 baharulah pengurusan tertinggi F1 membuat keputusan untuk mewajibkan penggunaan HANS ini pada bermula tahun 2003.

Peranti HANS dibina oleh Simpson dan ditawarkan mengikut spesifikasi yang tertentu, bermula dari harga $500 (RM2,036) sehinggalah versi termahal $1,000 (RM4,071). 

Berehatlah dengan aman, Dr. Robert Hubbard.