Dongfeng Mengshi Dedah Dua Model Terbaharu Dengan Kuasa 1,000HP

oleh Penyumbang Rencana 2|
Kenderaan jenama Dongfeng dari China secara rasminya melancarkan model pacuan empat roda kategori jalan lasak (off-road) yang digelar Mengshi (Warrior).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mereka telah mendedahkan dua model iaitu Mengshi ‘M-Terrain’ (SUV) dan ‘M-Terrain S’ (Trak Angkut). Kenderaan ini dijangka akan memecah pasaran China pada 2023.

Secara dasarnya, Mengshi (Warrior) ini adalah barisan siri yang berkonsepkan kenderaan tentera. Pada 2021, Dongfeng melancarkan model Warrior M50 sebagai trak untuk mengangkut orang awam dengan enjin 4.0 liter turbo enjin diesel dan berharga 97,200 USD. 

Hari ini Dongfeng diperkenalkan sebagai penjenamaan baharu dengan entiti tunggal dengan menggunakan nama Mengshi. Malah semasa pembentangan di majlis pelancar ini dibuat, perkataan Mengshi dilihat sebagai nama yang bertaraf antarabangsa  apabila ditulis di dalam bahasa Inggeris. 
 

mengshi


Oleh itu, jika sebelum ini ia dipanggil sebagai ‘Warrior’, kini mereka mengekalkan dengan penggunaan nama ‘Mengshi’ dengan logo huruf M tertera pada lambang kenderaan ini. Jadi ia boleh juga boleh membawa maksud ‘Military’, ‘Marvelous’, ‘Mission’ dan ‘Mengshi”.

Teknologi pintar kenderaan offroad yang digunakan oleh kenderaan ini ialah hasil gabungan daripada platform ‘MORA’, sistem jalan lasak ‘M ATS’ dan rangkaian kuasa ‘Mega Power’.

Malah ia memiliki sembilan mod pemanduan mengikut keadaan dan kesesuaian keadaan jalan yang dilalui dengan radius putaran kemudi sehingga 5.1 meter dengan teknologi kemudi roda belakang serta pergerakan ketam juga dipasangkan. Sistem gantungan udara pula boleh dilaras dan diangkat sehingga 105mm.

Ia juga mempunya tiga kunci elektronik dengan pengawalan yang berbeza. Dengan memiliki lebih 1,000HP kuasa kuda yang dihasilkan, Mengshi mampu memecut sehingga 100 km/j dalam 4.2 saat.
 

mengshi


Bagi spesifikasi rekaan model M-Terrain SUV, ia menampilkan reka bentuk lurus dengan bucu tajam dihujung permukaan. Bahagian lampu hadapannya pula agak kecil namun ia dipasangkan bumper yang besar dengan jeriji besi serta logo Mengshi ditengahnya.

Di bahagian sisinya pula, ia memiliki gerbang tayar jenis off-road yang lebar beserta pemegang pintu jenis ‘flush’ termasuklah bahagian tayar simpanan di bahagia belakang pintu kenderaan. Dimensi yang tepat masih tidak dapat dikenal pasti namun anggaran panjangnya dijangkakan dalam 5.2 meter.

Beralih pula kepada model M-Terrain S, mungkin anda merasakan ia kelihatan sama seperti model M-Terrain SUV tetapi ia adalah kenderaan jenis trak angkut. Adalah jelas bahawa kawasan muatannya tidak begitu efektif terhadap kegunaannya namun ia masih menampilkan kenderaan yang cukup bergaya. M-Terrain S direka dengan pemasangan dua pintu dan dua baris tempat duduk dikenal pasti. 
 

Mengshi


Spesifikasi secara terperinci terhadap siri M-Terrain ini tidak dapat dikenal pasti namun terdapat beberapa dokumen bocor dilaporkan. Menurut laporan tersebut, kenderaan ini terdiri daripada versi kenderaan elektrik (EV) dan kenderaan elektrik jarak jauh (EREV). 

Salah satu ciri-cirinya jana kuasa yang dihasilkan mencecah 800kW (1,070hp) dan memiliki bateri sebanyak 140-kWh dalam kadar jarak sejauh 500 km. Prestasi pecutan daripada angka sifar hingga 100 km/j mengambil masa kurang daripada lima saat. Manakala bagi versi EREV, puncak kuasa yang digunakan hanya mencecah sehingga 600 kW (816 hp) sahaja dan memiliki bateri 65.88 kWh untuk jarak gerak gandingan sejauh 800 km.

Penulis: IZRA