Dongfeng mahu bangunkan pencabar Hummer EV

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini, Dongfeng pernah melancarkan unit klon Humvee yang dihasilkan untuk kegunaan awam, iaitu Dongfeng Warrior M50.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dalam perkembangan terbaharu, media tempatan melaporkan Dongfeng mahu membangunkan model Warrior berkuasa elektrik sepenuhnya dengan produksi yang dijangka bermula pada tahun 2023.

Menurut Car News China, Warrior EV itu bakal ditawarkan dalam tiga varian (berdasarkan kod nama M18-1, M18-2, M18-3), dan kesemua varian akan dibangunkan menggunakan platform elektrik MORV yang dihasilkan khusus untuk kegunaan off-road.
 

DF


Berdasarkan dimensi, EV baharu ini bakal membawakan ukuran sepanjang 5,200 mm yang menawarkan ruang kabin dengan enam orang penumpang pada satu-satu masa, serta berat sekitar 3,100 kg.

Pek bateri pula adalah sebesar 140 kWh yang membenarkan jarak pemanduan sejauh 500 km untuk sekali cas, dengan pengecasan pantas sekitar 27 minit sahaja.

Sementara unit pacuan pula mampu menghasilkan kuasa setinggi 1,073 hp, dengan pecutan 0-100 km/j di bawah lima saat.
 

DF


Trak EV ini juga dikatakan bakal mendapat keupayaan pemanduan autonomi 2.5 menggunakan teknologi ADAS termaju Dongfeng.

Dongfeng juga diberitakan telah memulakan pembangunan kilang baharu untuk pemasangan EV baharu ini, dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 20,000 unit per tahun, dan akan dipertingkatkan kepada 50,000 unit.

Harga jualan pula disasarkan bermula dari 600,000 Yuan (RM394,230), dan sebagai perbandingan, Warrior M50 dijual pada harga bermula dari 668,800 yuan (RM439,436).

 

GMC Hummer EV Truck


Sumber: Car News China

Berita Berkenaan

Berita Global
Dongfeng eπ 007 yang baru sahaja dilancarkan itu, mempunyai pintu jenis ‘scissor’ seperti…
Berita Global
Sebagai info, model yang dihasilkan oleh Renault itu turut diproduksikan dengan nama yang berbeza…
Berita Global
Jenama Voyah mempunyai sasaran untuk mengedarkan EV dan juga kenderaan tenaga baharu (NEV) di…