Dongfeng lancar Nano Box - EV berkuasa 44 hp, dari RM43k di China

oleh Mohamad Hanif|
Di China, Dongfeng baharu sahaja melancarkan model kereta elektrik Nano Box yang menggunakan asas daripada Renault City K-ZE/Dacia Spring.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebagai info, model yang dihasilkan oleh Renault itu turut diproduksikan dengan nama yang berbeza di China, seperti Aeolus EX1, Fengxing T1, Fengguang E1 dan juga Venucia e30.
 

Nano Box


Sebagai sebuah EV yang asas, Nano Box membawakan ukuran dimensi sepanjang 3,723 mm, lebar 1,579 mm, tinggi 1,515 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,423 mm, lebih kecil daripada Perodua Ativa, namun besar sedikit berbanding Axia!

Dongfeng Nano Box membawakan tetapan trenkuasa motor elektrik tunggal berkuasa 44 hp dan 125 Nm, di mana ia disalurkan kepada roda hadapan sahaja.

Pek bateri berkapasiti 27.2 kWh pula membolehkan EV ini dipandu sejauh 331 km mengikut data protokol CLTC.
 

Dongfeng


Menurut Dongfeng, pengecasan bateri pula memakan masa 30 minit dari 30 hingga 80 peratus, atau sehingga empat jam untuk pengecasan penuh.

Kebanyakan panel badan Dongfeng Nano Box ini berkongsi dengan model Renault, melainkan unit bampar depan dengan rekaan yang sedikit berbeza, diikuti dengan rekaan gril yang lebih nipis.
 

Dongfeng


Sementara ruang kabin pula membawakan susun atur yang sama sekali berbeza berbanding model Renault, di mana para pereka Dongfeng mendatangkan rekaan baharu yang menampilkan skrin kluster digital tujuh inci, skrin infotainmen 10 inci, butang kawalan iklim manual, serta tombol transmisi rotari pada konsol tengah.

Ciri keselamatan yang ada termasuklah ABS, EBD, penderia parkir belakang, serta tidak ketinggalan beg udara SRS.

Harga jualan untuk Dongfeng Nano Box ini bermula dari 65,700 yuan (RM43,298) dengan tempoh menunggu mencecah dua bulan, ini kerana untuk tempoh 24 jam pertama mereka telah berjaya mengumpulkan tempahan berjumlah lebih 10,000 unit!

Berita Berkenaan

Berita Global
Dongfeng eπ 007 yang baru sahaja dilancarkan itu, mempunyai pintu jenis ‘scissor’ seperti…
Berita Global
Dalam perkembangan terbaharu, media tempatan melaporkan Dongfeng mahu membangunkan model Warrior…
Berita Global
Jenama Voyah mempunyai sasaran untuk mengedarkan EV dan juga kenderaan tenaga baharu (NEV) di…