Donald Trump ugut bawa masuk syarikat motosikal lain ganti Harley-Davidson

oleh Mohamad Hanif|
Sehubungan dengan keputusan Harley-Davidson Inc untuk memindahkan sebahagian operasi pengeluaran mereka ke Eropah, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memutuskan akan membawa syarikat motosikal yang lain ke negara tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kenyataan yang dipetik daripada laman rasmi Twitter Presiden itu walaubagaimanapun tidak mengulas lanjut berkenaan hal itu, manakala penasihat Rumah Putih, Kellyanne Conway pula tidak memberikan sebarang komen berhubung kenyataan itu. 

 


Sebelum ini, Donald Trump didapati 'mengugut' syarikat yang berpangkalan di Milwaukee itu selepas Harley-Davidson membuat keputusan untuk berpindah ke Eropah bagi mengelakkan kadar cukai yang tinggi dikenakan oleh European Union. 

Antara faktor lain yang mendorong Harley-Davidson memfokuskan penjualan di luar Amerika adalah disebabkan pasaran motosikal yang semakin merudum di negara itu sendiri, sehinggakan Harley membuka kilang pemasangan di Thailand, India dan Brazil.

Menurut penganalisis David Beckel berkata, masalah Harley sebenarnya bermula daripada perubahan demografik para pembeli yang telah lama mendatangkan kesan kepada mereka sebelum perang tarif di antara EU dan Amerika berlaku. 

"Reaksi Donald Trump adalah lebih kepada emosi semata-mata," tambah beliau. 

Saham Harley-Davidson di New York Stock Exchange menunjukkan peningkatan sebanyak 1.5% selepas 'ugutan' Trump untuk mengenakan cukai yang lebih tinggi kepada syarikat itu, walaupun tiada maklumat lanjut dikeluarkan oleh Presiden itu. 

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Peminat dan pengunjung boleh menikmati tawaran yang tiada tandingan dan tawaran mendebarkan untuk…
Berita Domestik
Didi Resources juga akan menyediakan perkhidmatan selepas jualan melalui rangkaian pengedar…
Pelancaran Motosikal
CVO ialah umpama varian premium untuk jenama Harley-Davidson di mana ia menampilkan aksesori dan…