Donald Trump beri amaran untuk kenakan tarif sebanyak 20% bagi kereta buatan Eropah!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Dalam masa kepimpinan baharu negara sedang mengkaji pelbagai projek dengan negara China, iklim perdagangan dunia juga sebenarnya sedang mengalami ketidaktentuan.

Pemain utama dalam episod ini ialah Amerika Syarikat, China dan Kesatuan Eropah.

Dalam plot baharu minggu ini yang dilaporkan dalam laman Autoblog, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah menggugut mahu mengenakan tarif sehingga 20 peratus terhadap kereta yang dimport dari Kesatuan Eropah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Mercedes-Benz

 

Untuk mendalami episod konflik perdagangan ini tidak boleh dibaca melalui satu berita sahaja tetapi melalui pembacaan mendalam.

Senang kata, Donald Trump tidak boleh diadili sebagai seorang yang 'ketegaq' tetapi perlu difahami kenapa beliau berbuat demikian.

Berikut ialah petikan laporan yang dibuat oleh Autoblog:

  • Dalam satu tweet pada 22 Jun lalu, Donald Trump mengatakan bahawa jika tarif dan halangan tidak diturunkan atau dihapuskan, Amerika Syarikat akan mengenakan 20 peratus tarif ke atas kereta yang diimport masuk dari EU ke AS atau pasang sahaja kereta mereka di sini
  • Selepas itu, saham pengeluar kenderaan Eropah telah jatuh. Saham Ford dan General Motors turut jatuh
  • EU memberi maklum balas jika AS menaikkan tarif maka mereka tiada pilihan selain bertindak balas
  • Donald Trump telah berulang kali mengkritik import kenderaan Jerman ke AS dan lebihan import automotif Jerman ke AS
  • AS mengenakan tarif sebanyak 2.5 peratus terhadap kereta penumpang yang diimport dari EU dan 25 peratus tarif terhadap pikap import
  • EU pula mengenakan tarif sebanyak 10 peratus terhadap kereta yang diimport dari AS
  • Pengeluar kereta Jerman seperti Volkswagen AG, Daimler AG dan BMW AG mempunyai kilang pengeluaran di AS
  • BMW adalah salah satu majikan terbesar di South Carolina dengan lebih 9,000 pekerja di negeri tersebut
  • Pada tahun 2017, Mercedes-Benz dan BMW mempunyai pegangan pasaran sekitar 15 peratus dari jualan global mereka di AS
  • VW mempunyai lima peratus pegangan manakala Audi 12 pula peratus pegangan dari jualan global di AS

 

Ford Mustang

 

Rumit bukan? Untuk itu, Jabatan Perdagangan AS diberi masa sehingga Februari 2019 untuk menyiasat sama ada import kenderaan dan peralatan automotif mendatangkan risiko bahaya kepada keselamatan kebangsaan AS.

Buat masa sekarang, kita tunggu dan lihat apakah episod projek negara kita dengan China dan pada sama kesudahan konflik perdagangan antarabangsa di antara AS dan negara-negara lain.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Beliau membuat kenyataan tersebut semasa satu acara di Ohio. Sewaktu beliau menjadi Presiden,…
Berita Global
Tindakan GM dan Nissan itu mendapat pujian dari Presiden baharu, Joe Biden yang akan memegang…
Berita Global
Almaklumlah, kat sana piston dan mesingan mudah untuk didapati... Antara model kereta yang popular…