Domino's mudahkan anda tempah pizza kegemaran dari dalam kereta - kenapa tidak?

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selepas melakukan ujian kereta swapandu penghantaran pizza kepada para pelanggan, Domino's Pizza hadir dengan sebuah lagi idea bagi memudahkan urusan tempahan pizza secara mudah alih. 

Dengan kesibukan kerja seharian sehingga mengganggu jadual makan anda, anda mungkin mengidamkan hidangan yang mudah dan mengenyangkan selain daripada pandu lalu di restoran fast food seperti KFC dan McD. 

Usah risau kerana Domino's Pizza sebenarnya sudah pun hadir dengan idea yang membolehkan anda menempah makanan (sudah tentu pizza!) tanpa perlu anda keluar dari kenderaan. 

Francais pizza global itu bekerjasama dengan Xevo Inc, sebuah firma pakar membangunkan aplikasi mudah alih untuk kegunaan kenderaan dan berharap ia bakal beroperasi bermula lewat tahun ini. 

 


Platform AnyWare Domino's ini memberikan anda kebebasan untuk menempah apa jua pizza kegemaran anda tidak kira di mana anda berada, menurut kata-kata pengarah pengalaman digital Domino's, Chris Roeser. 

Dengan hanya satu sentuhan, aplikasi ini akan mencari outlet Domino's Pizza berhampiran, selain menyimpan tetapan menu kegemaran dan memaparkan progress pembuatan pizza sebelum ia sampai ke tangan anda panas-panas dari oven.

Namun, Domino's Pizza mengehadkan fungsi ini hanya dioperasikan oleh penumpang ketika kereta sedang bergerak, atau pemandu ketika kereta berhenti sepenuhnya bagi mengelakkan sebarang gangguan ketika pemanduan. 

Sumber: Domino's Pizza

Berita Berkenaan

Berita Global
Jalan yang kasar, dan berlubang-lubang mendatangkan masalah kepada syarikat pengedar pizza…
Berita Global
Memetik laporan USA Today, New York Post, Fox News dan Reuters kelmarin, Miami akan menjadi hab…
Berita Global
Ford dan Domino's Pizza di Ann Arbor, Michigan, Amerika Syarikat bergabung untuk menguji sistem…