Menurut data yang diperoleh, jumlah jualan tahun-ke-tahun bagi jenama Jepun menurun sebanyak 32 peratus pada suku pertama 2023 (Q1 2023).

Secara keseluruhan, jenama Jepun kini menguasai hanya 18 peratus jualan kenderaan baharu, menurun 20 peratus daripada tahun 2022, 22 peratus daripada tahun 2021 dan 24 peratus daripada tahun 2020.
Sepanjang tempoh yang sama, Toyota dan Lexus mencatatkan penurunan sebanyak 14.5 peratus, diikuti Honda (38.2%), Nissan (48.2%) dan Mazda (66.5%).

Mitsubishi pula baru-baru ini mengumumkan mereka terpaksa menghentikan sementara pengeluaran model Outlander selama tiga bulan disebabkan jualan yang perlahan di sana.
Ketua eksekutif Honda Toshihiro Mibe memberitahu Reuters, mereka mengakui pesaing dari China “kini berada jauh di depan berbanding apa yang dijangkakan” terutama di dalam teknologi perisian.

Berbanding syarikat China yang pantas menawarkan barisan kenderaan elektrik dan plug-in hybrid, syarikat Jepun pula dilihat agak perlahan untuk melakukan perkara yang sama.
Peralihan negara tersebut ke arah kenderaan elektrik adalah cukup pantas di mana pada tahun lepas, Nissan Silphy yang menjadi kenderaan paling laris di China untuk tempoh tiga tahun telah berjaya dipintas oleh model plug-in hybrid BYD Song.
Sumber: Reuters