Dodge henti produksi Charger, Challenger, enjin Hellcat akhir tahun 2023

oleh Mohamad Hanif|
Bagi mereka yang masih meminati kereta-kereta berotot (muscle car) Dodge, anda mungkin perlu membuat pembelian pada kadar yang segera.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana Dodge dilaporkan akan menghentikan penawaran model-model berenjin Hellcat kelak, serta model-model yang dilengkapi dengan enjin pembakaran dalaman bermula tahun 2024.

Menurut laporan daripada Motor Authority, CEO Dodge, Tim Kuniskis membentangkan perancangan pengeluar itu untuk tempoh dua tahun dan beliau mengesahkan trenkuasa Hellcat masih lagi boleh dibeli sehingga akhir tahun 2023.

Enjin Hellcat 6.2 liter bentangan V8 dengan unit pengecas lampau itu mampu menghasilkan kuasa dari 702 hp sehingga 840 kuasa kuda, dan boleh didapati pada model-model pantas seperti Dodge Challenger Hellcat, Dodge Charger Hellcat, Dodge Durango SRT Hellcat, Dodge Challenger SRT Demon dan Jeep Grand Cherokee Trackhawk.

Tambah Kuniskis lagi, penamatan produksi enjin tersebut adalah disebabkan oleh denda pematuhan yang dikenakan kepada model-model yang memiliki tahap penggunaan bahan api yang tinggi.

Setakat ini, tiada sebarang petanda model-model berenjin seperti Charger dan Challenger masih lagi ditawarkan pada masa hadapan, memandangkan kedua-dua model tersebut sudah berada di pasaran sejak tahun 2005 (dan 2008 untuk model Challenger).

Ini kerana bermula seawal tahun depan, Dodge akan mendedahkan konsep kereta muscle berkuasa elektrik, di mana ia akan memasuki produksi pada tahun 2024.

Selepas daripada itu, kesemua model-model Dodge akan terdiri daripada model-model elektrik sahaja.

Sumber: Motor Authority

Berita Berkenaan

Berita Global
Jelas sekali, apabila banyak keluaran model yang dielektrikan, ia seperti membina sebuah kereta…
Berita Global
Sifat platform yang sangat fleksibel ini membolehkan Stellantis menghasilkan pelbagai jenis model…
Berita Global
Generasi ketiga Dodge Challenger itu mempunyai tempoh jangka hayat yang cukup panjang, bermula dari…