Dodge Durango SRT Hellcat 2021 - SUV paling power dalam dunia!

oleh Mohamad Hanif|
Jeep Grand Cherokee Trackhawk yang berkuasa 707 kuasa kuda itu bakal mendapat kawan baharu iaitu Dodge Durango dengan penawarkan pakej SRT Hellcat untuk model tahun 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti model-model Dodge Challenger dan Charger Hellcat, model Durango SRT Hellcat ini turut didatangkan dengan enjin pengecas lampau HEMI bentangan V8 6.2 liter namun dengan talaan yang sedikit rendah, iaitu 710 kuasa kuda dan 875 Nm daya kilas.

Angka tersebut ternyata mampu memalukan SUV-SUV lain seperti BMW X5 M Competition, Mercedes-AMG GLE 63 S dan Porsche Cayenne Turbo.

 


Seperti model Hellcat SRT yang lain, enjin V8 itu tadi menerima pelbagai penambahbaikan seperti penggunaan bahan keluli forged untuk komponen crankshaft, omboh, rod penyambung, serta jet minyak penyejuk omboh dan jaket air penyejuk blok.

Bagi memastikan operasi enjin mencapai tahap yang diperlukan, Dodge turut menyertakan sepasang pam  bahan api berbilang tekanan, skup udara sejuk untuk disalurkan kepada pengecas lampau dan sistem ekzos jenis free-flowing.

Pecutan 0-60 batu sejam hanya mengambil masa tiga saat dengan kelajuan tertinggi dihadkan kepada 290 km/j, dan masih mampu menunda beban seberat 3,946 kilogram.

 


Sistem transmisi pula adalah jenis automatik lapan nisbah kelajuan yang memacu semua roda 20 inci yang dibaluti tayar Pirelli Scorpion Zero all-season.

Tidak lengkap peningkatan kuasa tanpa perubahan terhadap sistem suspensi, di mana komponen penting pada Dodge Durango SRT Hellcat ini telah ditala semula dengan peningkatan 20 peratus kadar rebound bergantung kepada mod pemanduan yang dipilih.

 


Sistem pemberhentian SUV pantas ini diserahkan kepada brek Brembo dengan angkup enam omboh dan rotor berkembar 15.8 inci di hadapan dan angkup brek dua omboh dengan rotor 13.8 inci di belakang, membolehkan fasa pembrekan 60 batu sejam ke sifar dicapai dalam jarak 35 meter sahaja!

Dari segi luaran, Dodge Durango SRT Hellcat 2021 menerima perubahan dari segi kosmetik seperti rekaan front fascia baharu dan gril yang diinspirasikan daripada model Charger.

Lampu utama yang lebih nipis mengingatkan ita kepada model Ram Heavy Duty, manakala lampu 'Racetrack' LED pula menghiasi ruang belakang SUV ini.

 


Ketiadaan lampu kabus bermakna ruang kosong itu boleh digunakan semaksimum mungkin untuk tujuan penyejukan enjin ditambah pula dengan pemasangan splitter two-piece untuk mengurangkan daya angkat di bahagian hadapan.

Spoiler belakang bukan sekadar hiasan semata-mata, malah dibuktikan mampu memberikan daya turun sebanyak 181 kg ketika kelajuan 290 km/j!

 


Sementara itu, ruang dalaman Dodge Durango SRT Hellcat ini turut menerima perubahan ndi mana rekaan papan pemuka kini menampilkan konsol yang lebih besar, skrin paparan 10.1 inci dengan sistem infotainmen Uconnect 5 dari FCA, serta stereng jenis bawah rata dengan integrasi paddle shifter.

Aplikasi Performance Pages pula membenarkan kustomisasi terhadap tetapan kotak gear, suspensi, stereng dan respons enjin.

Harga jualan SUV Dodge Durango SRT Hellcat ini dianggarkan bermula sekitar $83,000 (RM355,862.50).