Dodge Durango Pursuit 2018 - amaran kepada penjenayah di luar sana

oleh Mohamad Hanif|
Dodge kini telah menambah satu lagi jentera baharu di bawah portfolio kenderaan MPV (mobile patrol vehicle) polis dengan pengenalan model Durango Pursuit 2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengenalan model terbaharu di dalam armada polis ini merupakan penambahan kepada barisan MPV sedia ada iaitu Dodge Charger Pursuit.
 

Menggunakan enjin yang sama digunakan oleh Charger Pursuit, Durango ini dikuasakan oleh enjin Hemi yang mampu menghasilkan sejumlah 360 kuasa kuda dan 528 Nm kuasa tork. 

Memandangkan kuasa yang terhasil agak liar, sistem brek Durango ini telah dipertingkatkan dan mampu menghentikan kenderaan daripada 100 - 0 km/h pada jarak 40 meter sahaja.

Selain daripada itu, Durango juga turut dibekalkan dengan transfer case dua kelajuan sekiranya diperlukan untuk mengejar penjahat di laluan off-road. 
 

Antara ciri yang turut dipertingkatkan termasuklah kuasa tundaan seberat 3265 kg, penggunaan sistem penyejuk minyak dan pam air tahan lasak, alternator 220 amp serta jarak kelegaan tanah setinggi 205 mm.

Dodge tidak melupakan unit anjing polis K-9 apabila turut melengkapkan sistem kawalan iklim tiga zon bagi memastikan keselesaan anjing berehat dengan aman sebelum dilepaskan mengejar penjenayah dengan ganas. 

Sumber: Autoblog
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jelas sekali, apabila banyak keluaran model yang dielektrikan, ia seperti membina sebuah kereta…
Berita Global
Sifat platform yang sangat fleksibel ini membolehkan Stellantis menghasilkan pelbagai jenis model…
Berita Global
Generasi ketiga Dodge Challenger itu mempunyai tempoh jangka hayat yang cukup panjang, bermula dari…