Dodge dedah enjin Hurricrate, kuasa cecah 1,100 hp!

oleh Penyumbang Rencana 2|
Pada acara SEMA yang diadakan di Las Vegas baru-baru ini, Dodge telah menayangkan kereta muscle elektrik Charger Daytona SRT yang bakal menggantikan model sedia ada berenjin pembakaran dalaman.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Bagi penggemar kereta dengan enjin pembakaran dalaman asli, berita ini pasti akan menggembirakan mereka.

Dodge telah memperkenalkan siri enjin peti (crate engine) yang baru iaitu HurriCrate bersama kemaskini enjin Hellephant yang menghasikan sehingga 4 digit kuasa kuda. 
 

Hurricrate


Untuk barisan versi HurriCrate, ia berasaskan enjin Hurricane 3.0 liter 6 silinder sebaris baharu dengan sepasang turbo.

Untuk versi Cat 1, ianya menghasilkan 420 Hp dan 635 Nm, manakala versi Cat 3 pula menghasilkan 550 Hp dan 720 Nm.  

Untuk Versi Cat X, ianya khusus digunakan untuk perlumbaan terutamanya lumba drag. Lengkap dengan Pakej Drag, ianya mampu menghasilkan sehingga 1000 Hp.
 

Hellephant


Selain barisan Hurricrate yang baru, Dodge juga memperkenalkan siri Hellephant yang dikemas kini. Untuk barisan versi Hellephant, ia didatangkan dengan empat versi dengan enjin bersama supercharger 3.0 liter.

Untuk versi C30 ianya menghasilkan 900 Hp, diikuti versi A30 dengan 1000 Hp, versi C170 dengan lebih 1000 Hp dan versi A170 dengan lebih 1100 Hp. Dodge hanya mengeluarkan angka daya kilas untuk satu versi sahaja iaitu A30 dengan lebih 1292 Nm. 
 

Hellephant


Bagi yang tertanya-tanya maksud “C” dan “A” pada nama siri enjin Hellephant ialah penggunaan bahan yang digunakan untuk enjin sama ada besi tuang atau aluminum. 

Sumber: Motor1.com
Penulis: Ahmad Danial Yasin 

Berita Berkenaan

Berita Global
Baru-baru ini, pada acara SEMA 2022 yang diadakan di Las Vegas, Dodge telah mendedahkan konsep…
Berita Global
Diperlihatkan buat kali pertama pada September yang lalu, Nissan Z GT4 kini membawakan liveri unik…
Berita Global
Ini mungkin sekali projek modifikasi yang agak gila yang dipamerkan pada acara SEMA 2022 tahun ini…