Dodge Charger Pursuits RHD mendarat di Australia, bakal digunakan oleh polis Queensland

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, kereta pemanduan sebelah kiri (LHD) seperti Dodge Charger sebenarnya boleh dijual di Australia?
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Apa yang pasti, mereka yang mahukan kereta eksotik seperti itu boleh menukarkan konfigurasi pemanduan kepada sebelah kanan (right hand drive) dengan menggunakan khidmat syarikat seperti SCD Remanufactured Vehicle sebelum ia dijual dan dieksport ke pasaran lain seperti Papua New Guinea.

Menurut laporan daripada CarExpert, mereka baru-baru ini mengesan kehadiran dua buah Dodge Charger Pursuit yang diimport masuk dari Ontario, Kanada, dan kedua-dua kereta peronda itu sudah pun menjalani proses penukaran kepada pemanduan sebelah kanan.

 


Tambah laporan itu lagi, kedua-dua unit Dodge Charger itu dikatakan akan digunakan oleh pasukan Queensland Police, namun tiada sebarang pengesahan diberikan oleh pihak berkuasa pada ketika ini.

Bergantung kepada kegunaan, mana-mana pasukan polis boleh menempah Dodge Charger Pursuit dengan pilihan enjin V6 (299 hp/357 Nm), atau enjin V8 5.7 liter Hemi (369 hp/535 Nm), serta padanan pacuan roda belakang atau semua roda.

 


Selain daripada itu, kelengkapan yang dimuatkan adalah standard untuk kegunaan polis seperti roda keluli hitam, tempat duduk spesifik untuk kegunaan pegawai, suis tambahan yang boleh diprogramkan, bar lampu, tingkap serta pintu kalis peluru.

Menurut laporan daripada CarExpert lagi, pada ketika ini pasukan polis Queensland memiliki armada yang terdiri daripada Kia Stinger, kereta hibrid Toyota sebagai unit rondaan umum, serta beberapa sedan Ford dan Holdens yang dikuasakan oleh enjin V8.

 


Selain daripada penawaran Dodge Charger, SCD Remanufactured turut menyenaraikan beberapa model pemanduan sebelah kiri seperti Ram 1500 TRX, Ford F-150 dan Ford Bronco!

Sumber: CarExpert

 

Dodge Charger Pursuit

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada penggunaan kereta-kereta pantas eksotik sebagai kereta pengiring dan kereta kei…
Berita Global
Selain daripada barisan kereta sports dan supercar, ada juga pihak yang mula menggunakan kereta…
Berita Global
Seperti contoh, penghantaran organ penting untuk tujuan perubatan. Selain daripada Itali, sebuah…