Dodge Charger kereta paling kerap dicuri di Amerika Syarikat

oleh Mohamad Hanif|
Kereta-kereta prestasi tinggi daripada Dodge sememangnya hangat mendapat sambutan dipasaran, dan menambahkan lagi kehangatannya adalah ia kerap menjadi mangsa kecurian di Amerika Syarikat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Malah, salah sebuah pejabat polis melaporkan terdapat lebih daripada 1,000 kes kecurian melibatkan Dodge Charger dilaporkan di Southeast Michigan dalam tempoh satu tahun!

 

 


Kes kecurian ini bukan sahaja berlaku di Southeast Michigan, bahkan berdasarkan memo dalaman yang diperoleh Carscoops, pihak polis tempatan diminta berada dalam keadaan berjaga-jaga memandangkan terdapat peningkatan kes kecurian kenderaan di Ohio, Kentucky, Georgia, Illinois dan New York.

Stellantis dalam respon kepada laporan tersebut menjelaskan setiap kenderaan yang dihasilkan telah menepati piawaian keselamatan yang telah ditetapkan, serta menggunakan teknologi piawaian industri.

 

 

 


"Namun begitu, kami menyeru kepada semua pengguna supaya menjaga dan memastikan keselamatan kenderaan mereka.

Menurut data daripada Highway Loss Data Institure, model Charger dan Challenger Hellcat merupakan model kenderaan yang kerap dicuri antara tahun 2016 dan 2018, malah kes kecurian tersebut dikatakan lima kali ganda berbanding angka purata nasional.

Sumber: Carscoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Mungkin pada mulanya akan timbul kurang keyakinan dengan penggunaan platform yang sama dengan Dodge…
Berita Global
Model yang langsung tidak ditampal sebarang pelekat samaran itu menunjukkan persamaan rekaan yang…
Berita Global
Unit terakhir sedan Dodge Charger yang keluar dari kilang merupakan unit Scat Pack Widebody yang…