Dodge Charger F9 dari SpeedKore - enjin Hellcat di belakang pemandu, 707 hp!

oleh Mohamad Hanif|
SpeedKore yang sebelum ini terkenal dengan hasil kerja kustom Dodge Charger baru-baru ini menampilkan sebuah lagi karya seni kereta muscle mereka, namun kali ini dengan konfigurasi enjin tengah!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dodge Charger ini merupakan versi jalanan yang dibuat berdasarkan kereta hero filem kesembilan Fast & Furious (F9 The Fast Saga), bermakna anda boleh memandu kereta ini secara halal di atas jalan raya.

 


Untuk memastikan konsep muscle car berenjin tengah ini benar-benar berjalan lancar, SpeedKore telah membina rangka enjin kustom yang mampu memuatkan enjin 6.2 liter bentangan V8 Hellcat di belakang tempat duduk pemandu.

Selain daripada itu, sistem perpaipan juga dibina secara kustom, sebelum dilengkapi dengan radiator Saldana yang dipasang pada bahagian hadapan, serta intercooler berprestasi tinggi tambahan pada bahagian belakang yang mampu menyalurkan udara segar kepada unit supercharger 2.4 liter itu.

 


Secara keseluruhan, enjin V8 dengan unit supercharger ini mampu menghasilkan 707 kuasa kuda dan 881 Nm yang disalurkan terus ke gandar belakang menerusi transmisi manual yang disumberkan daripada Lamborghini Gallardo.

Sistem brek Charger ini terdiri daripada angkup enam omboh di depan, dan angkup empat omboh di bahagian belakang yang terselindung di sebalik rim bersaiz 18 inci, sementara tayar pula bersaiz 275/35 depan dan 345/35 untuk bahagian belakang.

 


Bagi mereka yang sudah menonton filem F9 The Fast Saga sudah pasti dapat mengecam butiran yang terdapat pada kereta ini, seperti panel badan lebar yang dikemaskan dengan warna matt-black.

Sementara ruang dalaman pula menampilkan tempat duduk perlumbaan, gugusan meter klasik, sangkar keselamatan serta panel kaca yang mengasingkan ruang kabin hadapan dengan ruang enjin di bahagian belakang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia bukanlah satu kesilapan menaip, akan tetapi Hellucination merupakan produk terkini yang…
Berita Global
Jika para pembaca masih ingat lagi Speedkore dengan jentera kustom Evolution yang menyerupai sebuah…