Dodge Charger 2024 debut - Tiada lagi nadi V8, ini 10 perkara yang anda perlu tahu

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Setelah hampir 3 tahun Dodge mendedahkan Charger Daytona SRT Concept, kereta muscle ikonik itu kini muncul dengan versi produksi melalui pengenalan Dodge Charger 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun fokus tertumpu ke arah versi elektrik, Dodge masih memperkenalkan versi enjin pembakaran dalaman, tanpa kehadiran nadi V8 asli.

Ini 10 perkara utama yang ada perlu tahu mengenai Dodge Charger 2024

 

2

 

1) Platform baharu dari Stellantis

Dodge Charger 2024 menggunakan platform STLA Large dari Stellantis, yang membolehkan Charger generasi baharu itu dilengkapi trenkuasa elektrik.

Menariknya, platform baharu itu berpotensi untuk melahirkan lebih banyak rangkaian model dengan kuasa berbeza, termasuklah versi Charger paling berkuasa dengan lencana Banshee.

 

2

 

2) Tiada lagi nadi V8

Seperti yang dijangka, tiada lagi deruman nadi berkuasa V8, di mana ianya menjadi model pertama Charger selepas 60 tahun dalam sejarah untuk dikuasakan elektrik sepenuhnya melalui lencana Charger Daytona.

Charger Daytona datang dengan dua varian, iaitu R/T dan Scat Pack di mana kedua-duanya datang dengan tetapan motor (AWD) dan pek bateri 100 kWj yang sama.

3

 

Charger Daytona R/T menghasilkan 469 HP dan 548 Nm (Stage 1), membolehkan pecutan 0-100 kmj dalam masa 4.7 saat dengan jarak gerak sehingga 510 km.

Charger Daytona Scat Pack dengan sedikit naik taraf (Stage 2) menghasilkan 670 HP dan 850 Nm, membolehkan pecutan 0-100 kmj dalam masa 3.3 saat dengan jarak gerak sehingga 418 km.

3) Alunan enjin Hemi palsu

Untuk Charger Daytona, ketiadaan enjin pastinya sesuatu yang sukar untuk diterima bagi peminat kereta muscle menikmati pemanduan tanpa alunan bunyi V8 asli.

 

4

 

Bagi menyelesaikan isu itu, kedua-dua varian Charger Daytona akan dilengkapi sistem Fratzonic Chambered Exhaust yang membolehkan sebuah EV menghasilkan bunyi seperti Charger Hellcat.

Bunyi yang dihasilkan akan berubah bergantung pada kelajuan dan mod pemanduan yang dipilih.

4) Versi ICE dikuasakan nadi 6 silinder sebaris 

Tiada lagi nadi V8, Charger versi enjin pembakaran dalaman (ICE) turut diperkenalkan melalui lencana Charger Sixpack, dikuasakan dengan nadi Hurricane 3.0 liter turbo berkembar enam silinder sebaris.

Versi ICE turut hadir dengan dua varian, iaitu Charger Sixpack S.O dan Charger Sixpack H.O.

5

Walaupun kurang dua omboh, nadi Hurricane 3.0 liter itu mampu menghasilkan lebih kuasa berbanding nadi Hemi V8 pada model terdahulu.

Charger Sixpack S.O menghasilkan 420 HP berbanding nadi Hemi V8 5.7 liter yang menghasilkan 375 HP.

Manakala Charger Sixpack H.O pula menghasilkan 550 HP, 65 HP lebih tinggi berbanding nadi Hemi V8 6.4 liter.

5) Mod Drift dan Donut

Bagi meningkatkan keterujaan untuk pemilik Charger baharu, ia didatangkan dengan beberapa mod pemanduan iaitu Auto, Eco, Sport, Wet/Snow, dan Track.

Sebagai tambahan untuk varian Scat Pack, ia ditawarkan dengan tambahan mod Drift dan Donut yang dibantu oleh LSD (Limited Slip Differential) pada bahagian belakang.

 

6

 

6) Tambahan Track Package khusus untuk varian Scat Pack

Track Package hadir dengan naik taraf beberapa komponen untuk memberikan pemanduan yang lebih agresif.

Ia merangkumi komponen seperti cakera Brembo bersaiz 16 inci, angkup brek enam omboh di depan (empat omboh di belakang), sistem gantungan dwi injap separa aktif bersama peredam adaptif dan tayar Goodyear Eagle F1 Supercar 3 lebih lebar.

 

7

 

7) Dua bentuk badan, dua pintu dan empat pintu

Pastinya yang menjadi perkara utama, Charger akhirnya muncul semula sebagai kereta muscle dengan dua pintu!

Bagaimanapun, versi empat pintu tetap akan ditawarkan, namun ianya akan dijual secara rasmi bermula tahun 2025.

 

8

 

8) Charger 2024 memiliki berat hampir sama seperti SUV Kia EV9

Seperti yang kita tahu, sesebuah kereta elektrik pastinya akan lebih berat berbanding kereta berenjin pembakaran dalaman, di mana berat pek bateri dan unit motor menjadi penyumbang utama.

Namun lebih mengejutkan, berat Dodge Charger 2024 hampir menyamai berat Kia EV9 yang merupakan sebuah SUV tiga baris tempat duduk.

 

9

 

Versi asas Kia EV9 memiliki berat 2,268 kg dan boleh mencecah sehingga 2,630 kg untuk varian tertingginya, sementara Dodge Charger 2024 memiliki berat 2,648 kg.

9) Bakal jadi jentera polis baharu

Pastinya sinonim sebagai sebuah jentera peronda polis, Dodge dikatakan bakal menghasilkan Charger versi "Pursuit" khusus untuk kegunaan polis.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada versi untuk polis itu akan menggunakan trenkuasa elektrik atau enjin pembakaran dalaman.

 

10

 

10) Hanya versi elektrik untuk tahun 2024

Untuk tahun 2024, hanya versi elektrik sepenuhnya akan ditawarkan iaitu Charger Daytona R/T dan Charger Daytona Scat Pack.

Jualan bagi Charger Sixpack dengan nadi Hurricane akan dimulakan pada tahun 2025, serentak dengan jualan Charger versi empat pintu.

 

12