Dodge Challenger moden ini cuba menyamar sebagai Charger 1968

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini Careta pernah menyiarkan beberapa contoh modifikasi ekstrem Dodge Charger tahun 1968 yang diberikan kulit badan dan casis daripada gentian karbon.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, untuk mereka yang mahukan elemen pengendalian kereta muscle Dodge yang moden, dapatkan sahaja sebuah Dodge Challenger 2022 dan khidmat modifikasi daripada Exomod Concepts.
 

C68


Kit ini dinamakan sebagai C68 Carbon, dimana pihak Exomod berjaya mengubah rupa luaran sebuah Dodge Challenger yang moden kepada rupa paras Dodge Charger klasik dengan membawakan eksoskeleton yang diperbuat sepenuhnya daripada bahan gentian karbon.

Disebabkan perbezaan dari segi ukuran dimensi, hasil akhir modifikasi Challenger ini tidaklah segarang modifikasi yang dibuat ke atas Dodge Charger 1968 yang sebenar.
 

C68


Namun, ia tetap hadir dengan elemen rekaan daripada Charger klasik, seperti rekaan jeriji melintang penuh dengan lampu utama tersembunyi, dua lekuk pada bahagian pintu, serta empat unit lampu bulat pada bahagian belakang.

Mata-mata yang tidak tajam mungkin sekali pandang akan menyangka ia sebenarnya sebuah model Charger klasik.

Namun, memasuki ruang kabin, anda akan dapat melihat susun atur asal Dodge Challenger yang serba moden dan lebih mewah.
 

Dodge


Dodge Challenger yang digunakan ini dilengkapi dengan enjin Hellcat V8 yang mampu menjana kuasa setinggi 818 PS, dan tidak disentuh langsung oleh pihak Exomod.

Unit yang dipaparkan ini bakal dilelongkan di Mecum pada bulan November ini, dan sudah pasti harga yang diminta bukan murah.

Sebagai makluman, harga untuk satu unit binaan baharu C86 ini bermula dari $325,000 (RM1.54 juta) untuk Scat Pack Challenger, dan meningkat kepada $395,000 (RM1.87 juta) untuk Platinum Package yang menggunakan asas Challenger Hellcat Redeye.

Berita Berkenaan

Berita Global
Model tersebut dibina berdasarkan sambutan ulang tahun Mitsuoka Motor yang ke-55 tahun sejak ia…
Berita Global
Unit terakhir sedan Dodge Charger yang keluar dari kilang merupakan unit Scat Pack Widebody yang…
Berita Global
Generasi ketiga Dodge Challenger itu mempunyai tempoh jangka hayat yang cukup panjang, bermula dari…