Dodge Challenger generasi kedua guna teknologi Mitsubishi!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada sejarah jenama automotif negara yang pernah suatu ketika bergantung harap kepada Mitsubishi, jenama Dodge juga terlebih dahulu melalukan langkah yang serupa ketika era 70-an.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dodge Challenger yang kita ketahui masa kini merupakan sebuah muscle car dengan variasi enjin yang ditawarkan bermula dari 3.5 liter bentangan V6 sehinggalah kepada sesaran 6.4 liter OHV bentangan V8 HEMI. 

Generasi pertama Dodge Challenger memenuhi kehendak citarasa Amerika pada ketika itu, dimensi badan yang besar serta enjin bentangan V8 yang digandingkan dengan transmisi manual tiga dan empat kelajuan sahaja. 

Namun, lain pula halnya ketika generasi kedua apabila mereka memutuskan untuk menggunakan khidmat Mitsubishi menerusi model Galant Lambda GSR (atau nama lainnya Sapporo/Scorpion). 
 


Generasi ini lebih kompak dimensinya dan disasarkan untuk memecahkan penguasaan pasaran coupe yang dipegang oleh Honda Prelude, Nissan 200SX serta Toyota Celica

Terdapat dua pilihan enjin yang ditawarkan pada ketika itu, 1.6 liter SOHC 4G32 (77 hp) serta 2.6 liter SOHC 4G54 (105 hp) dengan transmisi standard manual lima nisbah kelajuan ataupun pilihan automatik tiga kelajuan. 

Menariknya, walaupun ia tidak begitu menyerlah jika dibandingkan dengan generasi pertama dari segi kuasa, Mitsubishi pada ketika itu menampilkan teknologi bijak Silent Shaft balancer bagi mengurangkan efek gegaran yang dihasilkan oleh enjin. 

Jadi, Dodge Challenger generasi kedua merupakan kereta Amerika pertama yang menggunakan teknologi tersebut sebelum ia dilesenkan kepada pengeluar kenderaan yang lain. 
 


Generasi kedua ini hanya sempat bertahan selama enam tahun sebelum generasi ketiga dibangkitkan semula pada tahun 2008. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Model tersebut dibina berdasarkan sambutan ulang tahun Mitsuoka Motor yang ke-55 tahun sejak ia…
Berita Global
Unit terakhir sedan Dodge Charger yang keluar dari kilang merupakan unit Scat Pack Widebody yang…
Berita Global
Generasi ketiga Dodge Challenger itu mempunyai tempoh jangka hayat yang cukup panjang, bermula dari…