Dodge bakal lancar kereta muscle elektrik tahun 2024!

oleh Mohamad Hanif|
Dodge yang kita kenali dengan barisan jentera-jentera pantas bakal hadir dengan sebuah model baharu menjelang tahun 2024, iaitu sebuah kereta muscle berkuasa elektrik!
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tidak banyak informasi yang didedahkan, melainkan teaser yang diperlihatkan menerusi video yang agak mengelirukan pada mulanya yang dimuatnaik bersempena dengan Stellantis: EV Day 2021.

Berdasarkan beberapa teaser yang diperlihatkan, kereta muscle elektrik ini dilihat membawakan elemen rekaan yang terdapat pada generasi pertama Dodge Challenger 1970 sebelum diberikan sentuhan moden seperti jalur LED, serta emblem berbentuk segi tiga beriluminasi.

Lencana segi tiga itu merupakan versi yang dikemaskini daripada lencana Fratzog yang pernah muncul pada model Dodge sekitar tahun 1962 hingga 1976.

Di akhir video, Dodge memperlihatkan keupayaan kereta muscle elektrik melakukan aksi burnout pada keempat-empat roda, memberikan bayangan ia bakal didatangkan sekurang-kurangnya satu motor elektrik untuk setiap gandar.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jelas sekali, apabila banyak keluaran model yang dielektrikan, ia seperti membina sebuah kereta…
Berita Global
Sifat platform yang sangat fleksibel ini membolehkan Stellantis menghasilkan pelbagai jenis model…
Berita Global
Generasi ketiga Dodge Challenger itu mempunyai tempoh jangka hayat yang cukup panjang, bermula dari…