Dodge akhiri pengeluaran Challenger Demon minggu ini

oleh Mohamad Hanif|
Unit terakhir Dodge Challenger SRT Demon dilihat sudah keluar daripada unit produksi di Kilang Pemasangan Brampton di Ontario, Kanada minggu ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, anda berkemungkinan besar tidak akan dapat membeli unit terakhir ini. 
 


Unit terakhir ini sebaliknya akan dilelong pada Majlis Lelongan Barrett-Jackson di Connecticut pada 20-23 Jun, dan hasil lelongan tersebut bakal didermakan pada sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang membantu mereka yang kurang berupaya dari segi kesihatan, pendidikan dan kewangan sedunia, United Way. 
 


Menurut Dodge, unit ini merupakan unit terakhir daripada 3,300 unit yang dihasilkan sepanjang setahun pengeluaran model Demon ini. 

Menggunakan enjin V8 HEMI 6.2 liter dengan bantuan pengecas lampau yang mampu menghasilkan 840 HP dengan menggunakan bahan api khusus untuk tujuan perlumbaan. 

Dodge Challenger Demon ini merupakan sebuah kereta drag yang sah digunakan di atas jalan raya menggunakan tayar drag radial NT05R dan berkeupayaan untuk memecut sepantas 2.3 saat dari 0-100 km/j. 
 


Selamat jalan, Dodge Challenger Demon.