DK Leather - syarikat tempatan bertaraf global tawar kepakaran pada pengguna Malaysia

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat vendor automotif jarang mahu membuka pintu mereka kepada pemilik kenderaan persendirian.

Mereka lebih kepada pembekalan komponen untuk pengeluar kenderaan dan standard kualiti mereka perlu melepasi kawalan kualiti (QC) antarabangsa. Ini membuatkan mereka sukar untuk melayan permintaan unik atau kustom bagi pengguna biasa, dengan kos yang munasabah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

DK Leather Sdn Bhd (DKL), vendor tempat duduk kulit untuk banyak jenama-jenama kenderaan kini mahu mengubah senario tersebut dengan membuka pintunya kepada pemilik-pemilik kenderaan persendirian.

Oleh kerana mereka membekalkan ribuan tempat duduk kulit, DKL mempunyai bukan setakat kepakaran, tetapi mesin-mesin khusus untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi.

 

 

Menurut Lesley Koek, Pengarah DKL, syarikat itu bermula dalam tahun 1997 dan menghasilkan sarung kulit untuk tempat duduk kenderaan.

Ia menggunakan kulit-kulit yang diproses dari Itali dan Amerika Selatan untuk menghasilkan lebih dari 10,000 corak tempat duduk kulit kenderaan.

Sebenarnya, DKL ialah salah satu rahsia kejayaan vendor automotif tempatan yang ramai tidak ketahui. Bermula dari satu perniagaan yang kecil, kini ia menjadi pembekal kepada beberapa jenama automotif global.

 

 

DKL juga mempunyai dua kilang, satu di Malaysia dan satu di Thailand. Ia juga mempunyai cawangan-cawangan pejabat di Dubai, UK, Switzerland, Belgium dan Netherlands.

DKL mempunyai kepakaran dan teknologi untuk menghasilkan sarung kulit bagi tempat duduk dengan beg udara sisi. Selain dari itu, ia juga menghasilkan lapik kulit untuk stereng, sarung tuil gear kulit dan pelbagai lagi bahan berasaskan kulit untuk kenderaan.

Untuk info lanjut bagaimana kenderaan anda mampu menggunakan bahan kulit berkualiti tinggi, layari www.dk-schweizer.com