DJI Mavic Mini rasmi memasuki pasaran Malaysia, bermula dari RM1,599

oleh Mohamad Hanif|
Sebentar tadi, VSTECS Astar selaku pengedar rasmi dron berjenama DJI di Malaysia telah melancarkan dron bersaiz telapak tangan, DJI Mavic Mini dengan sasaran penjualan bermula pertengahan bulan ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun DJI Mavic Mini memiliki dimensi yang cukup kompak dan dengan berat hanya sekitar 249 g, ia tetap hadir dengan spesifikasi kamera 12 MP dengan keupayaan resolusi rakaman setinggi 2.7K.

 


Dari segi rakaman video pula, DJI Mavic Mini mampu merakam sehingga resolusi 2.7K dengan kadar bingkai sesaat 30 FPS, dan resolusi Full HD sehingga 60 FPS. 

Dengan bateri berkapasiti 2,600 mAh, dron kecil ini mampu mencapai masa penerbangan sehingga 30 minit dengan jarak kawalan jauh sehingga 4 kilometer. 
 


Untuk pasaran Malaysia, DJI mensasarkan penjualan bermula pertengahan bulan ini manakala aksesori tambahan pula akan terdapat menjelang akhir November. 

Harga jualan pula bermula dari RM1,599 untuk kit asas, manakala kit kombo Fly More yang bernilai RM1,999 pula terdiri daripada bilah kipas, bateri ekstra, pelindung kipas serta hab pengecas dua hala. 

 

Berita Berkenaan

Informasi
Penggunaan dron masih lebih banyak berfokus kepada penghasilan visual dari udara, walaupun ia mampu…
Berita Global
Bagi mereka yang memiliki dron daripada DJI, ciri keselamatan seperti Return-To-Home, Altitute…
Berita Global
Jenama DJI lebih sinonim dengan peranti gimbal dan dron telah hadir dengan sebuah produk kamera…