#DIY - pasang sendiri papercraft Toyota 86, enam rekaan liveri retro!

oleh Mohamad Hanif|
Dah bosan dengan hobi tipikal anda di rumah?
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Apa kata luangkan masa terluang anda dengan melayan seni kertas papercraft kereta bertemakan liveri klasik khusus daripada Toyota.

Terdapat enam rekaan berbeza yang didatangkan untuk anda cetak, gunting dan gam sendiri supaya membentuk sebuah hiasan meja yang sangat menarik (selain daripada diecast dan Lego).

Antara rekaan yang disediakan termasuklah:
Toyota 2000GT daripada Yatabe Speed Trial
Toyota 2000GT Shelby
Toyota Celica 1600GT Ove Andersson
Toyota Celica IMSA GTU
Toyota Celica GT-Four Castrol
Toyota Supra Esso Ultron Tiger.

Untuk menjadikan hasil kerja lebih menarik, Toyota menggalakkan anda supaya mencetak fail yang diberikan atas kertas A3 berbanding kertas A4 yang lebih kecil.

Dah siap, boleh pamerkan di atas meja atau tunjukkan di laman media sosial anda.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Baca: #2kerja: Kerja Sambilan yang dilakukan oleh pengeluar automotif Akan tetapi, perabot yang…