Dituduh membunuh - kes baran jalanan di PLUS tempohari

oleh HEZERI SAMSURI|
Seorang lelaki telah dijatuhkan tuduhan membunuh dalam kes pergaduhan di lebuhraya PLUS yang mengakibatkan kematian Syed Muhammad Danial Syed Shakir.

Dalam kejadian tersebut, Yew Wei Liang, 40 tahun dan Muhammad Danial terbabit dalam pergaduhan di jalanraya pada 10 Ogos lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Yew dituduh di mahkamah majistret Kajang pagi tadi. 

Peguam-peguam bagi tertuduh bagaimanapun membuat aduan kepada mahkamah bahawa anak guam mereka menerima layanan yang tidak baik sehingga tertuduh lebam-lebam di bahagian badan dan terpaksa di bawa ke hospital Kajang pada 13 Ogos lalu.

Peguam S. Selvam turut menuduh bahawa Yew dipaksa oleh pihak polis untuk membuat pengakuan sedangkan anak guamnya itu tidak bermaksud untuk membunuh mangsa.

Seorang lagi peguam Yew, O. Varghese menuduh bahawa bahan bukti kes telah disalah-guna kerana telefon isteri Yew yang berada dalam jagaan polis telah digunakan untuk membuat panggilan kepada bapa mertua Yew. 

Hakim Nor Afidah Idris menetapkan pendengaran seterusnya pada 27 September nanti.

* Laporan asal dari The Star

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Akhirnya, sesuatu yang kita harapkan tidak berlaku akhirnya berlaku. Seorang pembonceng, Mimi…