Diskaun tol sehingga 33 peratus sempena Krismas

oleh Mohamad Hanif|
Pengguna akan menikmati diskaun tol berkadar antara 10 peratus hingga 33 peratus di 13 lebuh raya dan empat plaza tol sempena sambutan Hari Krismas.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Plaza tol yang bakal memperuntukkan diskaun ialah Pantai Dalam dan (Petaling Jaya Selatan) PJS 5, masing-masing pada kadar 10 peratus ketika perayaan Krismas, berkuat kuasa jam 12 malam, Rabu ini, manakala diskaun 30 peratus selama dua hari, berakhir jam 12 tengah malam Khamis ini diberikan di plaza tol Pulau Indah.

Diskaun yang diperuntukkan syarikat konsesi lebuh raya menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu bagaimanapun hanya tertakluk kepada kenderaan kelas satu.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Mohd Shuhaimi Hassan, berkata pemberian diskaun sempena Krismas itu adalah tanda penghargaan syarikat konsesi kepada pengguna lebuh raya.

“Pengguna dinasihatkan supaya mematuhi peraturan perjalanan dan papan tanda arah yang disediakan semasa melalui semua plaza tol bagi memastikan perjalanan ke destinasi dituju sentiasa lancar.

“Rancang perjalanan lebih awal dengan mengikuti jadual cadangan waktu perjalanan disediakan syarikat konsesi, malah pengguna boleh mendapatkan maklumat trafik terkini daripada pusat pengurusan trafik LLM yang beroperasi 24 jam sehari.

“Pengguna boleh berbuat demikian menerusi talian 1800-88-7752 atau akaun Twitter @LLMinfotrafik, selain berkunjung ke mana-mana pusat khidmat pelanggan lebuh raya yang berkenaan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Berikut merupakan senarai 13 lebuh raya yang menawarkan diskaun:

  • Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) - diskaun 33 peratus
  • Lebuhraya Cheras-Kajang (GSSB) - diskaun 30 peratus
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) - diskaun 15 peratus
  • Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (GSNK) - diskaun 15 peratus
  • Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) - diskaun 10 peratus
  • Lebuhraya Shah Alam (KESAS) - diskaun 10 peratus
  • Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) - diskaun 10 peratus
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) - diskaun 10 peratus
  • Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) - diskaun 10 peratus
  • Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) - diskaun 10 peratus
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) - diskaun 10 peratus
  • Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) - diskaun 10 peratus
  • Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) - diskaun 10 peratus

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
  "Pengguna yang memilih menggunakan RFID juga perlu memastikan masuk dan keluar dari lebuh raya…
Berita Domestik
  Ismail Sabri berkata, langkah kerajaan memperuntukkan dana untuk tol percuma dan diskaun itu…
Berita Domestik
PLUS memandang serius perbuatan menggunakan logo syarikat untuk mengelirukan orang ramai, dan akan…