Diskaun tambang 20 peratus bagi pengguna KTM bermula 1 April

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Bermula 1 April ini, pengguna KTM Komuter bakal menikmati diskaun tambang sebanyak 20 peratus yang menjadi sebahagian inisiatif kerajaan dalam mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata inisiatif itu dijangka dapat memberi manfaat kepada 94,000 pengguna komuter setiap hari bagi jajaran Port Klang-Tanjung Malim, Batu Caves-Seremban, Padang Rengas-Butterworth, Butterworth-Padang Besar dan Sungai Gadut-Tampin.

Beliau berkata, bagi pengguna sistem transaksi tanpa wang antaranya kad MyKad dan Touch N GO yang sedia ada yang sudah mendapat potongan harga 20 peratus turut menerima tambahan 20 peratus lagi.

“Mesyuarat Kabinet hari ini meluluskan cadangan Kementerian Pengangkutan untuk memperkenalkan diskaun 20 peratus bagi semua tambang komuter.

“Menerusi pengumuman ini, dijangka memberi implikasi kewangan RM43 juta kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bakal mengalami kekurangan jumlah pendapatan, tetapi Perbadanan Aset Kereta Api (RAC) akan menampung kekurangan itu," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

 


Loke berkata, kerajaan berharap menerusi inisiatif itu dapat meningkatkan bilangan penumpang sehingga 20 peratus iaitu antara 120,000 hingga 130,00 orang sehari.

“Inisiatif ini bagi membantu kehidupan rakyat memandangkan pengangkutan awam adalah penyumbang ketiga kepada kos sara hidup mereka.

“Pemberian insentif ini akan disemak setiap tahun, namun sudah tentu kita berharap usaha baik ini dapat teruskan.

“Jika mendapat sambutan baik iaitu dapat meningkatkan bilangan penumpang, maka ia dapat mengurangkan jumlah subsidi kerajaan," katanya.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Berhubung isu pelancong dari luar negara yang tidak dapat menggunakan perkhidmatan bas Rapid KL…
Informasi
"Pelarasan semula kadar tambang ini akan memanfaatkan kira-kira 40,000 rakyat Malaysia yang…
Berita Domestik
  “Pemboleh ubah seperti kesesakan trafik, cuaca, jarak, masa, jumlah permintaan dan jumlah…