Diskaun saman 80% - Bayar saman secara dalam talian di luar waktu puncak

oleh SALINA JALIL|
gambar dari malakat tribute
Orang ramai yang ingin mengambil peluang tawaran pengurangan kompaun saman hingga 80 peratus secara dalam talian disarankan untuk membuat bayaran di luar waktu puncak.


Ini berikutan sokongan yang sangat tinggi daripada rakyat Malaysia yang ingin menjelaskan saman mereka semalam telah menyebabkan kesesakan kepada sistem pembayaran saman secara dalam talian, portal, aplikasi mudah alih MyBayar Saman.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

 

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim, berkata sistem pembayaran secara dalam talian beroperasi 24 jam sepanjang tempoh tawaran kompaun.

 

"Mana-mana pihak yang gagal mengakses portal atau aplikasi berkenaan supaya membuat pembayaran di luar waktu puncak bagi mengelakkan kesesakan kepada capaian sistem bayaran saman secara dalam talian.

 

"Pembayaran kompaun juga boleh dibuat di kaunter Polis Diraja Malaysia (PDRM) KLCC, Kaunter Bayaran Saman Trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Kontinjen di seluruh negara, bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

 

Mat Kasim berkata, kaunter bayaran saman ini akan terus beroperasi termasuk hari Jumaat, Sabtu dan Ahad ini sepanjang tempoh sambutan 100 Hari Keluarga Malaysia dari 9 hingga 12 Disember 2021.

 

"Dalam masa yang sama, PDRM menyeru orang ramai yang berurusan di kaunter bayaran saman untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam mengawal penularan COVID-19," katanya.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Bachok, Mohamad Ismail Jamaluddin, berkata dua anggota unit bermotosikal IPD Bachok…
Berita Domestik
"Isu ini diangkat dan diberi perhatian berikutan kekurangan parkir di HRPB dan pembinaan Klinik…
Berita Domestik
Kejadian berlaku pada 6.45 petang Rabu, ketika lelaki berusia 25 tahun itu ditahan anggota trafik…