Diskaun bayaran saman hingga 50 peratus

oleh SALINA JALIL|
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun hingga 50 peratus bagi bayaran saman terpilih yang dibuat secara dalam talian, selama empat hari dari 18 hingga 21 Mei ini.


Pembayaran saman dalam talian itu perlu dibuat menerusi portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata diskaun itu ditawarkan kerana memahami kekangan kewangan dihadapi orang ramai susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan persediaan menyambut Aidilfitri.

 

"Bagi meringankan bebanan ini, JSPT menawarkan pemberian diskaun hingga 50 peratus bagi saman terpilih sekiranya pembayaran dibuat secara dalam talian melalui portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.

 

"Kita juga akan membuka kaunter perkhidmatan membabitkan pembayaran saman serta pembekalan dokumen kemalangan di semua ibu pejabat polis daerah dan kontinjen secara berperingkat, mulai 18 Mei ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Beliau berkata, ia bertujuan memudahkan orang ramai menjelaskan bayaran saman dan pembekalan dokumen berkaitan kes kemalangan bagi tuntutan insurans.

 

Bagi kontinjen Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan, kaunter akan dibuka pada Isnin dan Rabu dari jam 9 pagi hingga 2 petang serta Jumaat (9 pagi hingga 12 tengah hari).

 

Bagi kontinjen di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu pula, kaunter akan dibuka pada Isnin, Rabu serta Ahad dari jam 9 pagi hingga 2 petang.

 

"Kita menyeru orang ramai yang ingin berurusan di kaunter berkenaan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditetapkan.

 

"Orang ramai diminta sentiasa mematuhi PKPB yang sedang dikuatkuasakan demi kebaikan bersama," katanya.

Berita Berkenaan

Informasi
"Empat skuter elektrik diserahkan untuk kegunaan pasukan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2,…
Berita Domestik
"Menyusahkan oranglah engkau ni. Sebab kau bodoh la kau kerja tol. Buka! Buka! Kalau pandai kau tak…
Informasi
Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit mempunyai masalah kesihatan dan tidak lagi…