Diskaun 50% bayar saman dalam talian

oleh SALINA JALIL|
Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini tampil dengan penawaran baharu, dinamakan sebagai MyBayar Saman.


Ia bertujuan memudahkan pengguna melakukan bayaran saman trafik dengan mudah terus kepada pihak PDRM secara atas-talian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Malah, trend semasa turut memperlihatkan pengguna memilih untuk membayar saman secara atas-talian meningkat, iaitu 46.7 peratus pada 2020 berbanding hanya 18.5 peratus  pada 2019 yang lepas.

 

Laman MyBayar Saman sendiri mengatakan pengguna boleh melakukan semakan dan bayaran saman secara atas-talian tanpa sebarang caj perkhidmatan, berbeza dengan beberapa penawaran lain.

 

Sementara itu sempena pelancaran aplikasi tersebut, PDRM juga menawarkan Kempen Bayar Saman iaitu pengurangan kompaun sehingga 50 peratus.

 

Pengurangan tersebut hanya dapat dinikmati melalui pembayaran yang dilakukan melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman.

 

Daftarlah sebagai pengguna MyBayar Saman melalui portal https://mybayar.rmp.gov.my atau aplikasi di Google Playstore atau Apple store dan nikmati diskaun saman 50% itu bermula 25 Mac 2021 hingga 11 April 2021.

 

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Domestik
"Memang tindakan (u-turn lawan arus) itu tidak sepatutnya berlaku tetapi buat masa ini, kita faham…
Berita Domestik
Mungkin kisah yang terjadi pada seorang individu ini dapat menjadi pengajaran untuk bakal pembeli…