'Disimbah' dengan minyak pesawat, 17 kanak-kanak dan 9 dewasa cedera

oleh SALINA JALIL|
Sekurang-kurangnya 17 kanak-kanak dari enam sekolah rendah di Los Angeles, Amerika Syarikat dan sembilan orang dewasa telah cedera apabila 'disimbah' dengan minyak pesawat.

Kebanyakan mangsa adalah daripada Park Avenue Elementary School di Cudahy yang ketika kejadian berada di pekarangan sekolah pada waktu rehat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Sekolah lain yang terbabit ialah San Gabriel Elementary, Graham Elementary, Tweedy Elementary, 93rd Street Elementary dan Jordan High School.



Kejadian dilaporkan berpunca daripada sebuah pesawat yang terpaksa membuat pendaratan cemas sejurus berlepas dari lapangan terbang berdekatan.



Pesawat Delta Airlines yang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Los Angeles ke Shanghai, China ketika itu dilapor mengalami masalah teknikal dan terpaksa berpatah balik.



Scenario ini memaksa pesawat berkenaan membuang minyak bagi mengurangkan berat bebanan yang dibenarkan sebelum mendarat.



Tindakan juruterbang pesawat itu bagaimanapun dikritik kerana didakwa tidak mengikut prosedur sepatutnya iaitu membuang minyak di kawasan tidak berpenghuni serta pada kedudukan tinggi.  



Delta Airlines dalam satu kenyataan bagaimanapun bertegas bahawa juruterbangnya telah mematuhi protokol yang ditetapkan itu.



Badan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan sedang menyiasat dakwaan tersebut.



Sementara itu, pihak bomba mengesahkan cecair seperti hujan yang turun telah terkena pada kanak-kanak sekolah di situ adalah minyak pesawat.



Pasukan paramedik kelihatan berada di persekitaran sekolah-sekolah terbabit bagi memberi rawatan awal kepada mangsa. Setakat ini tiada mangsa dibawa ke hospital dan dirawat sebagai pesakit luar.



Ibu bapa telah diminta hadir dan membawa pulang anak-anak mereka setelah sekolah terbabit dikosongkan sementara.

 

 

Sumber: The Star

Berita Berkenaan

Berita Global
Bermula 21 hingga 26 Februari ini, penumpang bertuah boleh menikmati perkhidmatan pemindahan…