Diseret 3 kilometer, warga emas tunggang EX5 maut

oleh SALINA JALIL|
Warga emas, Abu Samah@Mohd Tahir Singah, 80, maut selepas dia dan motosikal ditunggangnya diseret sejauh tiga kilometer oleh Nissan Frontier di Kilometer 10, Jalan Jerantut-Temerloh pagi semalam.


Dalam kejadian 8.30 pagi semalam, mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera di bahagian muka, bahu kiri dan tulang rusuk patah.


Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila Abu Samah yang menunggang Honda EX5 dari arah Jerantut menuju ke arah Temerloh.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Apabila sampai di tempat kejadian, penunggang motosikal itu dipercayai hendak masuk simpang di kanan dan semasa membelok, sebuah Nissan Frontier dipandu lelaki warga Indonesia yang tinggal di Kampung Paya Keladan bersama dua penumpang Bangladesh melanggar mangsa.

 

"Nissan Frontier itu melanggar penunggang motosikal terbabit di sisi sebelah kiri dan mangsa bersama motosikal diseret sejauh tiga kilometer sebelum jatuh," katanya.

 

Beliau berkata, mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh.

 

Katanya, kes mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalanraya (APJ) 1987.

 

Terdahulu rakaman video menunjukkan Nissan Frontier itu bergerak laju dengan motosikal mangsa 'terlekat' di depan kenderaan tular di media sosial.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis…
Berita Domestik
"Mangsa berusia 24 tahun memandu kereta jenis Nissan Almera dikatakan dari arah Johor Bharu…