Dirempuh pemandu positif dadah, penunggang motosikal maut

oleh Penyumbang Rencana|
foto Sinar Harian
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan kereta dipercayai dipandu lelaki positif dadah di kilometer 59 Jalan Kota Bharu-Gua Musang berhampiran Kampung Keroh di Kuala Krai pada Khamis.

Kejadian sekitar jam 10.10 pagi itu menyebabkan mangsa berusia 25 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian, kereta jenis Proton Saga sedang dalam perjalanan dari arah Machang menghala ke Kuala Krai.

"Setiba di lokasi kejadian, kereta tersebut dipercayai memotong sebuah kenderaan lain di hadapannya," katanya.

Menurut beliau, situasi itu menyebabkan kereta berkenaan bertembung dengan motosikal jenis Honda EX5 ditunggang mangsa yang berada di laluan bertentangan.

Mazlan memberitahu, saringan awal saringan air kencing mendapati pemandu kereta itu positif dadah jenis methamphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

- salam takziah kepada keluarga mangsa -

Sinar Harian 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Hamidi Adam, berkata sebanyak 2,041 kenderaan diperiksa…
Berita Domestik
“Kita telah memeriksa sebanyak 580 buah kenderaan dan jumlah notis yang telah dikeluarkan sebanyak…
Berita Domestik
Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat, berkata kejadian pada 10.34 malam itu melibatkan…