Nur Syahirah Syakillah murid Sekolah Kebangsaan (SK) Likas, tinggal bersama keluarganya di Taman Kurnia Jaya, Likas.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, kejadian membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Axia yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun.
"Kereta berkenaan dalam perjalanan dari arah Sepanggar menuju ke Likas, melalui lorong kanan jalan sebelum melanggar dua kanak-kanak perempuan yang dipercayai melintas secara tiba-tiba dari arah kiri ke kanan jalan.
"Akibat perlanggaran itu, seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kini sedang menerima rawatan di Zon Kecemasan Hospital Likas dalam keadaan stabil," katanya dalam kenyataan media.
"Pemandu tidak mengalami kecederaan dan tidak disyaki di bawah pengaruh alkohol atau dadah. Namun sampel darah telah diambil untuk analisis toksikologi di Jabatan Kimia.
"Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
Polis turut menasihatkan ibu bapa serta penjaga supaya sentiasa memastikan keselamatan anak-anak ketika melintas jalan, terutama di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan lintasan selamat.
- kanak-kanak belum cukup akal dan tidak faham keselamatan jalan raya, kita sebagai ibu bapa, penjaga perlu lebih peka dan jangan ambil mudah -