Dilanggar depan rumah, kanak-kanak perempuan maut

oleh SALINA JALIL|
Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas dilanggar sebuah pacuan empat roda di hadapan rumahnya di Jalan Delima, Kampung Cacar Baru Paka, Dungun petang semalam.


Dalam kejadian jam 3 petang itu, Nur Aira Awatif Mohammad Fadzil, 6, yang parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


Ketika kejadian, mangsa dikatakan bermain basikal di kawasan rumahnya bersama dua rakannya iaitu Amran, 8, dan Amirah, 7.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mangsa dilanggar oleh pemandu lelaki kenderaan pacuan empat roda berusia 59 tahun  yang berasal dari Setiu yang menjalankan perniagaan durian di jalan besar tidak jauh dari kampung itu.

 

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.

 

"Ketika melalui jalan kampung terbabit untuk ke sebuah surau menunai solat Zohor, mangsa dikatakan tiba-tiba keluar dari pagar rumahnya dan pemandu kenderaan itu gagal mengelak dan melanggar kanak-kanak terbabit.

 

"Kedua ibu bapa kanak-kanak terbabit mengejarkan anaknya ke Klinik Kesihatan Paka namun disahkan sudah meninggal dunia," katanya.

 

Baharudin berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.

 

"Mayat mangsa sudah dituntut keluarganya untuk urusan pengebumian dan kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987," katanya.

 

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan semasa kejadian, mangsa menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan ke arah Bayan…
Berita Domestik
Nenek kanak-kanak itu, Zainun Mat Amin, 54, berkata, ketika kejadian Muhamad Abil Qaiz sedang…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…