Dilancar: BMW R 1200 GS Adventure Triple Black (RM116,900) dan BMW S 1000 R baharu (RM92,900)

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain dari model G 310 R, BMW Motorrad Malaysia turut melancarkan model lagendanya, R 1200 GS Adventure baharu dalam varian Triple Black.

Datang dalam kemasan serba hitam, ia dilengkapi dengan enjin boxer sejukan cecair dan ciri baharu termasuk dengan satu peredam getar pada aci output transmisi, satu pemilih gerak gelendong yang telah ditambah baik, aci transmisi, galas aci transmisi dan lampu indikator OBD pada kokpit.  

 

GS 3

Pelindung tangki tengah, penutup kompartmen storan dan madgad hadapan dalam warna Blackstorm bersama panel sisi tangki dengan warna Dark Slate memberikan model travel enduro lagendari ini penampilan yang sangat maskulin. 

 

GS 2

 

Perincian terhadap aspek teknikal diserlahkan menerusi kerangka hadapan dan belakang dalam warna kelabu (Agate Grey) bersama kombinasi enjin, kotak gear dan lengan ayun berwarna hitam. 

Tempat duduk baharu berwarna hitam dengan sulaman GS pada bahagian tempat duduk pembonceng melengkapkan ciri R 1200 GS “Triple Black” baharu. 

Harga yang ditawarkan ialah RM116,900 tidak termasuk insurans dan GST.

 

S1k 1

 

Bagi peminat superbike pula, S 1000 R bukan satu nama yang baharu. Cuma kali ini, varian kemaskini ini diberikan tambahan kuasa dan juga diringankan.

Ia juga memenuhi semua piawaian EU4. 

Jentera baharu BMW Motorrad itu mempunyai kuasa 121kW (165 hp) pada 11,000rpm (sebelum ini 118kW (160 hp) pada 11,000rpm), 3kW (5 hp) lebih tinggi berbanding sebelumnya. 

Ia juga 2kg lebih ringan (sebelum ini 207kg, sekarang 205kg DIN berat tanpa beban). Ini bermakna peningkatan ke atas muatan sebanyak dua kilogram. 

 

S1k 2

 

Pembangunan seterusnya pada enjin termasuklah pengambilan optimum dan bunyi ekzos. Dengan penggunaan peredam HP titanium sebagai standard, S 1000 R baharu kini menghasilkan bunyi yang lebih mengujakan. 
 
BMW S 1000 R baharu kini didatangkan dalam dua warna tambahan iaitu kelabu (Catalano Grey) dan merah/hitam (Racing Red/Black Storm). Selari dengan kejuruteraan masa depan BMW Motorrad, roadster yang dinamik itu kini hanya seberat 205kg, 2kg lebih ringan berbanding model terdahulu. Pengurangan berat itu hasil daripada penggunaan peredam ekzos HP Titanium yang dipasang sebagai satu ciri standard. 

BMW S 1000 R kini juga menampilkan ciri penyahgetaran pada bar hendal. Ia mampu mengurangkan getaran walaupun sedikit ke bar hendal, sekali gus menawarkan pengendalian dan keselesaan yang lebih baik.  

Untuk mengadaptasikan kecenderungan dan penggunaan penunggang secara optimum, S 1000 R baharu kini menawarkan dua mode tunggangan dan ASC (Automatic Stability Control) sebagai ciri standard. Dengan mode tunggangan “Rain” dan “Road”, kuasa dan tork pada S 1000 R boleh disesuaikan untuk mengawal maklum balas ciri Race ABS serta ASC dalam apa jua kondisi. Ciri ini sememangnya aspek keselamatan yang siginfikan terutama menunggang di atas permukaan jalan yang berubah-ubah. 

 

S1k3

 

Bar hendal dengan ciri penyahgetaran memastikan keselesaan ketika menunggang S 1000 R baharu. Ia dapat mengurangkan getaran daripada sampai ke bahagian hujung bar hendal. Bahagian atas fork bridge juga direka baru untuk sambungan ini. 

Penampilan S 1000 R yang lebih dinamik diserlahkan menerusi satu konsep warna baru terdiri daripada dua skim warna: merah/hitam (Racing Red/Blackstorm) dan kelabu (Catalano Grey). Pada model merah/hitam, S 1000 R menyerlahkan sifatnya yang sporty dan agresif. Pada masa yang sama mengukuhkan posisi selaku peneraju dari segi prestasi dalam segmen roadster yang dinamik.

Warna kelabu (Catalano Grey) juga memberikan S 1000 R penampilan yang penuh kuasa dan menarik. Ia menunjukkan gabungan di antara teknologi dan prestasi dinamik dalam cara yang sangat maskulin. 

Harga yang ditawarkan ialah RMRM92,900 tidak termasuk insurans dan GST.

 

S1k 4

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…