DIKEMASKINI: 6 benda yang anda tak tahu mengenai Insentif Cukai Jualan Kenderaan PENJANA

oleh HEZERI SAMSURI|
Pengumuman berkaitan pelepasan cukai jualan untuk kenderaan CKD (100 peratus) dan kenderaan CBU (50 peratus) diterima baik oleh syarikat-syarikat kenderaan.
Modenas

Ia akan bermula pada 15 Jun sehingga 31 Disember 2020.  Usaha ini adalah antara intipati Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Jumaat lalu.

Namun begitu, tidak ada banyak lagi informasi yang diberikan berkaitan isu itu kecuali kata-kata pujian.

Di bawah ialah informasi terbaharu yang Careta dapat kumpulkan hari ini berkaitan insentif tersebut.


1. Insentif ini diberikan kepada kenderaan penumpang. Ini bermakna kenderaan yang didaftarkan di bawah nama individu, bukan syarikat. Ia juga termasuk genre-genre kenderaan seperti SUV dan MPV kecuali trak pikap.

2. Kenderaan komersil tidak layak untuk menerima insentif ini.

  • Trak pikap memang termasuk dalam kategori kenderaan komersil walaupun didaftarkan atas nama peribadi. Oleh itu, ia tidak mendapat insentif ini
  • Trak pikap dan kenderaan komersil bagaimanapun sudah mendapat pelepasan duti eksais.

3. Motosikal tidak termasuk di dalam insentif ini kerana motosikal di bawah 150 cc memang telah dikecualikan dari cukai jualan oleh kerajaan dalam usaha untuk membantu golongan B40. 

4. Syarikat kenderaan masih terkial-kial mengira harga selepas insentif. 

  • Seperti yang diterangkan oleh Careta sebelum ini, cara pengiraan untuk insentif ini  bukanlah semudah menolak 10 peratus atau lima peratus dari harga kenderaan.
  • Ini boleh dibuktikan semasa tempoh bebas cukai GST/SST yang berlaku dalam tahun 2018. 
  • Penurunan harga langsung tidak mencerminkan kadar yang tetap dan boleh pergi kepada serendah 3.5 peratus.

5. Syarikat kenderaan juga perlu berhati-hati kerana mereka tidak mahu kadar cukai eksais yang dikenakan kepada mereka diketahui oleh pesaing mereka.

  • Careta juga diberitahu kerajaan tidak berbincang dengan pihak industri berkaitan implementasi insentif ini dan ramai yang terkejut dengan pengumuman tersebut. 

6. Kerajaan sedang memikirkan cara tambahan yang lain untuk meningkatkan jualan.

  • Dari desas desus industri, pihak kerajaan sedar insentif cukai jualan ini tidak akan mencukupi untuk merancakan kembali penjualan kenderaan baharu. 
  • Kerana itu, agensi-agensi terbabit masih dalam perancangan untuk menambahkan insentif-insentif lain agar industri automotif negara kembali rancak.

Careta akan berkongsi lagi informasi sekiranya ada berita terkini mengenai harga selepas insentif dan sebagainya.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Ada kemungkinan jualan terbabit akan berkurangan dalam masa tiga bulan selepas berakhirnya…
Berita Domestik
Menurut sumber Careta, permohonan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) untuk melanjutkan tempoh…
Informasi
"Memasuki separuh kedua tahun ini, kami menjangkakan pemulihan kukuh dalam tempoh enam bulan…