Dieselgate - pemilik VW, Skoda terima pampasan RM96.65 juta!

oleh Mohamad Hanif|

Sebuah mahkamah di Prague memutuskan supaya para pemilik Skoda dan Volkswagen di Czech layak untuk menerima pampasan bernilai $23.30 juta (RM96.65 juta) akibat skandal diesel VW. 

Tuntutan tersebut difailkan oleh Safe Diesel mewakili kira-kira 2,435 pemilik kereta yang terjejas, dan mengaahkan supaya Volkswagen membayar amaun penuh nilai pampasan tersebut. 

Walaubagaimanapun, Volkswagen akan membuat permohonan rayuan. 

Pada September 2015, Volkswagen mengaku telah menipu di dalam ujian pelepasan emisi diesel di US, dan sebagai denda, mereka telah membayar lebih daripada $31 billion (RM129 bilion) penalti kerana menggunakan perisian yang tidak sah. 

Keputusan yang dibuat pada tarikh 22 Mac itu memutuskan bahawa permintaan pampasan telah diluluskan tanpa sebarang pendengaran disebabkan Volkswagen Group dikatakan gagal untuk memberikan sebarang bantahan terhadap permintaan mahkamah. 

Jurucakap Volkswagen percaya bahawa keputusan tersebut akan ditolak dan mereka akan terus mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu. 

 


Skoda pula menolak tuntutan tersebut dan terus yakin bahawa kebanyakan para pemilik kenderaan yang terjejas tidak mengalami sebarang masalah. 

Menurut firma Safe Diesel itu lagi, walaupun kes mahkamah kini hanya merangkumi kira-kira 2,435 orang pemilik, mereka mendakwa terdapat lebih daripada 7,000 orang yang telah membuat tuntutan yang sama. 

Skandal diesel yang melanda Volkswagen itu dikatakan mengakibatkan kira-kira 165,000 buah kenderaan terjejas di Republik Czech.

Sumber: Automotive News

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut pendakwaraya, sikap tidak acuh Porsche itu menyebabkan produk mereka dijual di Eropah dan…
Berita Global
Kesemua mereka akan didakwa dengan tuduhan penipuan dan melanggar undang-undang persaingan.…
Berita Global
Namum begitu menurut Oliver Blum, Ketua Eksekutif Porsche, diesel masih tetap menjadi penjana…