Diesel Petronas kini patuh piawaian Euro 5

oleh Mohamad Hanif|
Petronas Dagangan Bhd (PDB) mengumumkan bahawa semua diesel yang dijual di stesen Petronas kini mematuhi piawaian Euro 5.

Diesel yang dijenamakan sebagai Petronas Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive, ditawarkan dengan nisbah campuran biodiesel yang berbeza, iaitu B7 (dari nozel berwarna biru) serta B10 dan B20 (dari nozel berwarna hitam) di stesen Petronas.

Petronas menjelaskan diesel yang mematuhi piawaian Euro 5 mengandungi 50 kali kurang sulfur untuk pemanduan yang lebih bersih, manakala formula Pro-Drive menjanjikan penjimatan minyak dan pengalaman pemanduan lancar.

“Tiga varian campuran biodiesel -- dengan tujuh peratus, 10 peratus dan 20 peratus komponen berasaskan bio -- juga memastikan pelepasan karbon rendah untuk menyokong agenda kelestarian kerajaan dan Petronas,” menurutnya dalam kenyataan pada Jumaat.

Petronas Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive menjanjikan kelebihan utama iaitu membersihkan dan melindungi enjin diesel untuk memanjangkan jangka hayat enjin, menambah baik pembakaran, mengoptimumkan prestasi enjin dan memberikan lebih penjimatan minyak di samping memberikan pengalaman pemanduan yang lancar.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Hasrat tersebut diperkukuhkan lagi dengan pengenalan generasi terkini pesawat Airbus A220 yang…
Gaya Hidup
Sudahlah pagi-pagi perlu tempuh kesesakan ke tempat kerja, dan sebelum balik rumah kena pula isi…
Berita Domestik
Kajian dan ujian yang dilakukan oleh Shell untuk formulasi terbaharu ini menjamin prestasi yang…