Diesel Euro5, perlu atau membazir?

oleh SALINA JALIL|
Penggunaan bahan api diesel Euro5 di Malaysia diperkenalkan dalam tahun 2014 oleh BHPetrol di Johor.


Careta adalah antara pengguna pertama di Malaysia yang diberikan peluang untuk merasai bahanapi modern itu ketika pelancarannya dan sejak hari itu, kami memang jarang menggunakan bahan api Euro2M.


Penggunaan Euro5 juga semakin popular dan digunakan oleh kenderaan-kenderaan berenjin diesel, samada yang bertaraf Euro5 mahupun enjin bertaraf Euro2 dan kerana itu ia semakin mudah didapati di seluruh negara.


Modenas

 

Sekiranya anda pengguna tegar diesel Euro5, anda akan bersetuju bahawa semakin banyak stesen minyak BHPetrol menyediakan pam untuk diesel khas itu di rangkaian stesen minyak nya.

 

Di bawah ialah antara soalan-soalan lazim berkaitan diesel BHPetrol Infiniti Euro5.  


Apa bezanya diesel Euro2M dan Euro5?


Antara penyebab utama kerosakan enjin diesel dan pencemaran udara ialah kandungan sulfur yang tinggi di dalam diesel. Ia menghasilkan asid sulfurik yang akan menghakis bahagian dalaman enjin diesel anda.


Diesel Euro2M mempunyai kandungan sulfur sebanyak 500 PPM (parts per million).
Diesel Euro5 mempunyai kandungan sulfur sebanyak hanya 10 PPM.
Perlu kami terangkan lagi beza antara keduanya itu? 

 

 

 

Apa bezanya diesel BHPetrol Infiniti Euro5?

 


BHPetrol menggunakan dua kali kandungan aditif yang dihasilkan di Jerman.  


Aditif khusus ini membantu dalam proses pembersihan dalaman enjin dan juga penyuntik bahan api (injector), satu komponen sensitif di dalam enjin diesel.


Ini bermakna, semakin lama anda gunakan diesel BHPetrol Infiniti Euro5, semakin bersih enjin anda.


Dan bila anda ditawarkan aditif tambahan oleh mekanik anda, anda boleh menolak dengan sopan kerana anda tahu aditif BHPetrol Infiniti Euro5 sudah ada di dalam tangki anda.
 

 

Bolehkan anda campur tangki yang sudah ada diesel Euro2M dengan diesel Euro5?


Sudah pasti boleh dan enjin anda tidak akan rosak mahupun meletup.


Cuma untuk mendapatkan efek terbaik, pastikan selepas itu anda isi semula tangki anda dengan BHPetrol Infiniti Euro5 sehingga penuh dan anda akan rasa perbezaan yang sangat ketara.

 

 

engine

 

 

Adakah saya akan dapat tenaga yang berlebihan dan tambahan kilometer dengan diesel Euro 5?


Ini sudah pasti juga kerana diesel Euro5 adalah lebih bersih dan mempunyai jumlah sulphur yang kurang. Tidak seperti enjin petrol, penggunaan diesel yang lebih baik seperti Euro5 memberikan prestasi yang lebih baik kerana ia mempunyai kurang sulfur.


Ia juga bermakna pembinaan keladak di dalam kebuk pembakaran juga bakal berkurangan.


 

 

Enjin saya cuma Euro2 - tak membazir ke guna Euro5?


Tidak kerana sejak tahun 2018, kerajaan Malaysia mewajibkan semua diesel Euro2M menggunakan formula diesel B10.


Walaupun dikatakan teruji oleh agensi kerajaan, kebanyakan syarikat kenderaan sebenarnya hanya mengesyorkan penggunaan diesel B7 sahaja (campuran 7 peratus biofuel dan 93 peratus diesel).


Boleh dikatakan 99% enjin diesel Euro2 di dalam pasaran sekarang diuji dan dibina untuk menggunakan diesel B7 sahaja dan di Malaysia, hanya diesel Euro5 sahaja yang menggunakan campuran B7.


Anda akan merasai peningkatan tenaga yang nyata sebaik sahaja anda bertukar menggunakan diesel Euro5.

 

 

euro 5

 

 

 

Euro5 lebih mahal - saya tak mampu.


Salah, sebenarnya penjimatan bahan api yang anda akan terima adalah lebih banyak dari tambahan harga 10 sen seliter lebih tinggi dari diesel Euro2M sekarang.


Anda bukan sahaja dapat berjalan lebih jauh, enjin anda juga akan tahan lebih lama.

 

Jadi sekiranya anda memandu trak pikap diesel atau kenderaan modern diesel, cuba BHPetrol Infiniti Euro5 - anda tak akan menyesal!

 

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Turut hadir adalah YBhg Leftenan Jeneral Datuk Pahlawan Hj Khairuddin bin Mat Yusof (B),…
Berita Domestik
Difahamkan Boustead sudah pun melakukan perbincangan dengan beberapa pihak dan menurut sumber yang…
Berita Domestik
Bersempena dengan bulan Ramadan dan perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang, Boustead Petroleum…