Diesel Drag Event Siri ke-2 Semakin Meriah

oleh Arahman Crew|
Diesel Drag Event yang dianjurkan oleh Pahang Trucker merupakan siri ke-2 bagi peminat dan pemilik jentera pick-up berhimpun dan bertanding di Litar drag Pekan Speedway baru-baru ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Program Pada kali ini juga di bahagikan kepada dua bahagian, dimana pada sebelah paginya telah diadakan Gathering 4x4 yang berkonsepkan santai siraturrahim dalam merapatkan ukhwah sesama mereka, dan pada sebelah petang pula telah berlangsungnya kemuncak kepada acara sebenar iaitu diesel drag. Dimana para peserta mula mendaftarkan diri dan  free run kepada semua peserta untuk memberi peluang dalam proses penyesuaian keadaan litar dan jentera sebelum perlumbaan sebenar bermula.

Pada siri kali ini, pihak penganjur telah menambahkan lagi beberapa kategori dalam acara Drag. Pertandingan kali ini juga berjaya menarik minat perserta dari negara jiran Thailand yang cukup terkenal dengan modifikasi diesel sehingga tahap maximum. Perkara ini berjaya menaikkan taraf penganjuran dan secara tidak lansung memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada perlumba tempatan.

Menurut pihak penganjur, mereka sangat berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang mengambil bahagian, crew, marshall dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Tidak lupa kepada penganjur utama Prospeed Malaysia Dragster, dan penaja-penaja lain, Gabungan Motorsport Pahang serta Abg Nuar Pekan yang sudi bekerjasama dalam memastikan kelancaran dan keselamatan sepanjang event berlansung.

"Kami menerima segala pandangan dan teguran demi memantapkan lagi event yang akan datang. Kita jumpa di Diesel Drag Event Siri ke-3 nanti".

 


Kredit : Lagenda Sipico & SSA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam respons kepada soalan MP Kalabakan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy, Menteri Belia dan Sukan…
Berita Domestik
  “Penggunaan tayar sotong bersaiz kecil iaitu 60/80, 50/80 atau 50/90 sangat berisiko kemalangan…
Berita Domestik
MAM juga menerangkan hanya acara sukan permotoran dua roda sahaja yang diluluskan untuk litar drag…