Didi Resources diumum sebagai pengedar rasmi baharu Harley-Davidson di Malaysia

oleh Afandi Che Muhamad|
Syarikat bumiputera, Didi Resources Sdn. Bhd. (Didi Resources) hari ini diiktiraf sebagai pengedar rasmi motosikal jenama Harley-Davidson bagi pasaran domestik di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengumuman berkenaan disempurnakan Pengarah Urusan Bahagian Pasaran Baharu Asia bagi Harley-Davidson, Johan Kleinsteuber.

Menurut Johan (gambar; tengah), beliau berbesar hati dapat melebarkan lagi portfolio pengedar jenama motosikal berkenaan dalam pasaran di negara ini.

"Kami (Harley-Davidson) gembira pengedar di Malaysia kini 'berwajah baharu' dan untuk makluman, negara ini merupakan fokus utama kami sejak 2008.

"Dengan komitmen 100 peratus diberikan, kami berharap inisiatif ini dapat mengembangkan perniagaan sekali gus memenuhi kehendak pengguna berpotensi di sini (Malaysia)," katanya dalam satu sidang media di Petaling Jaya sebentar tadi.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi Didi Resources, Rewi Hamid Bugo berkata, pihaknya menghargai sokongan dan kepercayaan diberikan Harley-Davidson terhadap syarikat tersebut dan optimis akan terus tampil dengan siri pengumuman atau pengenalan model-model baharu bagi pasaran domestik sepanjang tahun ini.

"Serentak dengan pengumuman sebagai pengedar rasmi bagi jenama motosikal ini juga, kami di Didi Resources memperkenalkan empat model motosikal baharu bagi kegunaan pasaran tempatan terdiri daripada Harley-Davidson Street Glide Special Anniversary, Ultra Limited Anniversary, Breakout 114 dan Fat Bob.

"Masing-masing merupakan model terbaharu bagi tahun 2018. Kesemua motosikal berkenaan akan diletakkan sebaris dengan beberapa model lain di ibu pejabat yang berkeluasan 1,858 meter persegi ini," tutur Rewi.

Jelas Rewi, kawasan tersebut menempatkan pusat servis selepas jualan, pusat ketuk dan cat motosikal dan enam platform servis (service bay).

Susulan kewujudan fasiliti berkenaan, Rewi memberitahu, pihaknya yakin mampu menyediakan perkhidmatan mencakupi beberapa aspek penting pada peringkat terbaik.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengerusi Goh Brothers Motorcycles, Goh Kian Sin.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kesemua motosikal itu menggunakan model Harley-Davidson Low Rider™ ST yang dikuasakan oleh enjin V-…
Informasi
Ianya merupakan sebuah model Harley-Davidson LiveWire ELW 2020, model motosikal dengan rangkaian…
Berita Domestik
Low Rider El Diablo merupakan motosikal yang dihasilkan untuk memberikan gaya dan prestasi sports…