Didi Automotive kini pengedar rasmi motosikal Royal Enfield

oleh Mohamad Hanif|
Royal Enfield melantik Didi Automotive Sdn Bhd sebagai rakan pengedar rasmi motosikal jenama tersebut di Malaysia.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Dengan pelantikan baharu ini, ini bermakna Didi akan mengambil alih hak pengedaran daripada SNH Bhumi Corporation berkuat kuasa serta merta.

Menurut Rewi Hamid Bugo, Pengerusi DIDI Group berkata, "kami amat berbangga dapat bekerjasama dengan salah satu jenama motosikal tertua di dunia dengan produksi yang berterusan.

"Kami berazam untuk meningkatkan lagi kehadiran jenama Royal Enfield di setiap negeri di Malaysia, serta memberikan pengalaman pemilikan yang terbaik dari segi jualan, selepas jualan serta tunggangan.

Vimal Sumbly, ketua unit perniagaan pasaran APAC Royal Enfield menjelaskan, "jenama Royal Enfield bukanlah jenama baharu di Asia Tenggara, pengedaran Royal Enfield telah pun bertapak di Singapura sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua lagi.

"Malaysia merupakan salah satu pasaran terpenting Royal Enfield, dan kami percaya produk motosikal kami adalah sangat ideal untuk tunggangan di sepanjang landskap menarik di Malaysia, selain menawarkan pengalaman tunggangan yang tersendiri.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Menggabungkan gaya roadster dengan karektor Royal Enfield, Hunter 350 nyata menerima sambutan yang…
Pelancaran
Terletak bersebelahan dengan bilik pameran MotorPlex Butterworth, pusat 3S Royal Enfield juga…
Pelancaran
Bertempat di Juru, Penang, bilik pameran MotorPlex Butterworth menawarkan barisan model motosikal…