Didenda kerana buat convertible sendiri

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seorang lelaki di baratdaya China telah disaman kerana memotong bumbung keretanya agar menjadi sebuah convertible.

Menurut laporan media China News.qq.com, lelaki tersebut cuba melarikan diri bila mengetahui pihak polis telah ternampak “convertible” beliau di daerah Luoping di wilayah Yunnan.

Lelaki berusia 26 tahun itu memandu masuk ke dalam sebuah kilang batu bata tetapi ditangkap oleh pihak berkuasa.

Kereta itu di dalam keadaan yang uzur dan sudah tamat tempoh pemeriksaan berkala rasmi dan servis.

Beliau didenda RM256 dan tiga mata dibuang dari lesen memandu beliau.

Sebelum ini seorang lelaki di wilayah Hunan telah disaman kerana menjadikan kereta buatan China miliknya kepada sebuah Porsche.

Zotye Macan

Lelaki itu membeli lencana dan pelekat untuk menjadikan kereta Zotye SR9 (gambar atas) miliknya seperti sebuah Porsche Macan.

Beliau didenda RM314 kerana keretanya tiudak sama dengan apa yang tertulis di dalam geran.

Di sini kita boleh belajar beberapa perkara:

  • Pengubahsuaian melampau tidak diterima di China
  • Mata penalti boleh dibuang dari lesen memandu
  • Semua kenderaan mempunyai pemeriksaan berkala oleh pihak berkuasa untuk memastikan kenderaan selamat digunakan.
  • Menjadi satu kesalahan untuk menukar bentuk kereta kepada jenama lain. Contohnya, dari Proton kepada sebuah Mitsubishi

Jika ia berlaku di Malaysia, pastinya netizen akan menuduh pihak berkuasa Malaysia tidak maju seperti negara lain kerana negara lain “tidak ada undang-undang zalim seperti di Malaysia”.

Itulah akibatnya apabila kita cuma belajar melalui cerita Hollywood dan buku-buku ilmiah termasuk buku manual kenderaan diharamkan untuk disentuh.

Apapun, Zotye SR9 memang cantik walaupun rekabentuknya diciplak dari Porsche Macan.

 

Zotye rear
Jika Zotye berkata ia tidak meniru rekabentuk mana-mana kenderaan lain, maka harus dipercayai kerana mungkin mereka tidak pernah mendengar jenama Porsche semasa berada di kilang merka yang terletak di dalam gua itu.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lebih mengujakan penulis apabila syarikat Singer yang sangat terkenal dengan projek restomod…
Berita Global
Namun, menurut beliau lagi, Mercedes-Benz akan mengurangkan penawaran model-model yang dimaksudkan…
Berita Global
Antara perubahan yang dibawakan pada kedua-dua model Coupe dan Cabriolet E-Class ini adalah front…