Dibenarkan balik kampung sehingga 6 Mei depan

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Laporan dari Kompas.com melaporkan bahawa Polis Kebangsaan Indonesia telah membenarkan penduduk negara itu melakukan perjalanan pulang ke kampung sehingga 6 Mei depan.


Bagaimanapun, orang ramai dilarang melakukan aktiviti pulang ke kampung semasa musim perayaan Aidilfitri bermula 6 hingga 17 Mei depan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

 

Timbalan Pengerusi Pesuruhjaya III Dewan Perwakilan, Ahmad Sahroni menyambut baik cadangan tersebut dan berkata pemantauan dan kawalan protokol kesihatan terhadap semua individu perlu dilakukan secara ketat. 

 


Sahroni yang merupakan ahli politik dari Parti Nasdem menjelaskan kebenaran itu sangat diperlukan bagi mengelakkan orang ramai melakukan perjalanan pulang ke kampung tanpa mengikut peraturan. 

 


“Saya rasa sudah cukup bagus untuk memberikan kebenaran itu, selagi mana pemantauan dilaksanakan supaya individu yang melakukan perjalanan sentiasa mengamalkan protokol kesihatan,” katanya. 

 

“Pada pandangan saya, sekiranya kebenaran itu terus dilarang, ia hanya menimbulkan gelombang orang ramai yang melakukan perjalanan merentas daerah atau negeri tanpa kawalan serta menyebabkan pertambahan kes pengabaian aspek protokol kesihatan.
 

 

“Sebagai contoh, mereka akan menggunakan jalan tertentu untuk pulang ke kampung,” jelasnya.  Sahroni turut memuji tindakan pihak polis yang memaklumkan kebenaran itu lebih awal. 

 

Katanya, orang ramai akan lebih peka dan bersiap sedia menguruskan perjalanan pulang ke kampung. “Ini bermakna, keadaan sesak dan padat semasa perjalanan itu dapat dikurangkan,” katanya. 
 

 

 

 

Utusan Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Global
    Seorang wanita yang menunggang sebuah motosikal automatik kelihatan cuba membuat pusingan 8…
Berita Global
Perkara itu diumumkan oleh menteri industri Indonesia, Agus Gumiwang Kartasasmita semasa bertemu…
Berita Global
Negara gajah putih itu ialah pusat pengeksport kenderaan dan juga komponen automotif yang terbesar…