Diana Danielle tempat pertama Kelas Promotional di Kuala Trengganu

oleh HEZERI SAMSURI|
Selebriti wanita yang juga seorang isteri dan ibu, Diana Danielle membuktikan bakat memandu beliau bila Diana menjadi pelumba terpantas semasa perlumbaan Pusingan Pertama di Toyota Gazoo Racing Festival Musim Kedua yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bermula hari ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tempat kedua dalam Kelas Promotional ialah Akim Ahmad, diikuti oleh Janna Nick, Akio Takeyama, Timbalan Presiden UMW Toyota dan penyanyi Wany Hasrita.

 

 

Ramai juga yang tidak menghabiskan perlumbaan kerana kerosakan kenderaan akibat perlanggaran. Antaranya ialah Nabil Ahmad, Aiman Tino, Khai Bahar dan Nabila Razali.

Mungkin terlalu seronok dan masih belajar had pengendalian terbabas atau mungkin kurang faham di dalam perlumbaan sebenar, tiada "Insert Coin" atau fungsi "Play Again".

 

 

Kategori istimewa ini memang dikhususkan untuk selebriti dan juga untuk VIP dari UMW Toyota.

Untuk mengatakan mereka ini tidak berbakat adalah sangat tidak benar kerana dua selebriti yang telah memenangi Musim Pertama Toyota Gazoo Racing Festival tahun lepas, Shawn Lee dan Shukri Yahya telah memasuki Kelas Sporting untuk tahun ini dan kedua-duanya mendapat tempat pertama (Shawn) dan tempat kedua (Shukri).

Siapa kata selebriti tidak boleh race kereta? 

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Selain disajikan perlumbaan yang menarik, penonton turut berpeluang untuk bersantai dengan pelbagai…
Berita Domestik
Hari ini ialah pusingan terakhir Kejuaraan Vios Challenge di acara Toyota Gazoo Racing. Sepatutnya…
Sukan Bermotor
  "Seperti kebanyakan orang lain di Malaysia, Diana menggunakan kereta manual semasa mengambil…