Musim kedua Toyota Vios Challenge menutup tirainya untuk tahun ini dengan menobatkan tiga orang juara baharu di dalam kategori Super Sporting, Sporting dan Promotional di Litar Antarabangsa Sepang.
Dua perlumbaan yang berlangsung pada hujung minggu ini menyaksikan Boy Wong (ST Wangan Racing) muncul juara keseluruhan di dalam kelas Super Sporting, diikuti oleh William Ho (Kegani Racing) manakala Brendan Paul (Dream Chaser) pula muncul di tempat ketiga.
Kelas Sporting yang menjadi medan pertempuran pelumba amatur pula menobatkan Brendon Lim (Tedco Racing) sebagai pemenang keseluruhan dengan perbezaan hanya satu mata dengan pemenang tempat kedua, Eric Yong (ST Wangan Racing Team).
Kenneth Koh dari pasukan Panglima City Racing berjaya meraih tempat ketiga untuk kelas Sporting, manakala pelumba cilik Hayden Haykal membuktikan dirinya di tempat keempat pada perlumbaan kedua dan tangga kelapan secara keseluruhan, satu anak tangga di atas pelumba Shawn Lee.
Sementara itu, di Kelas Promotional, pelakon Diana Danielle berjaya menjadi pelumba wanita pertama yang berjaya merangkul juara keseluruhan mengalahkan pesaing rapat Aiman Tino dan Akim Ahmad, masing-masing ditempat kedua dan ketiga.
Dari segi kedudukan perlumbaan kedua, Khai Bahar berjaya meraih kedudukan pertamanya di dalam musim ini, diikuti Wany Hasrita dan Akio Takeyama selaku Naib Pengerusi UMW Toyota Motor di podium kedua dan ketiga.
Berikut merupakan senarai penuh kedudukan perlumbaan dan kedudukan secara keseluruhan bagi Toyota Vios Challenge Musim Kedua.
SUPER SPORTING
Perlumbaan Hari 2, Musim Kedua
1. William Ho Kegani Racing
2. Eddie Liew Team Nanoplus
3. Alif Hamdan Laser Motor Racing
4. Keifli Othman Team Nanoplus
5. Freddie Ang Telagamas Toyota
Kedudukan Keseluruhan
1. Boy Wong ST Wangan Racing 95 points
2. William Ho Kegani Racing 86 points
3. Brendan Paul Anthony Dream Chaser 73 points
4. Keifli Othman Team Nanoplus 67 points
5. Syafiq Ali M7 Racing Team 65points
SPORTING
Perlumbaan Hari 2
1. Brendon Lim Tedco Racing
2. Eric Yong ST Wangan Racing Team
3. Dato’ Ken Foo Kulim Top Wheels
4. Hayden Haikal Prodigy Racing
5. Kenneth Koh Panglima City Racing Team
Kedudukan Keseluruhan
1. Brendon Lim Tedco Racing 86 points
2. Eric Yong ST Wangan Racing Team 85 points
3. Kenneth Koh Panglima City Racing Team 81 points
4. Patrick Tam Team Nanoplus 68 points
5. Dato’ Ken Foo Kulim Top Wheels 56 points
PROMOTIONAL